Advertisements

Persamaan & Perbezaan Infaq, Sedekah, Zakat, & Wakaf

Advertisements

Perkataan infaq, sedekah, zakat, atau wakaf sering disebut dan kadang-kala ramai yang terkeliru dengan persamaan dan perbezaan keempat-empat perkara ini.

Kadang kala, ramai juga berpandangan apabila mereka mengeluarkan duit untuk orang lain, itulah infaq, juga sedekah atau mungkin waqaf.

Jadi, apakah persamaan dan apakah perbezaan bagi keempat-empat amalan ini?

Maksud Keempat-Empat Amalan Ini

  1. Zakat diambil daripada kalimah zaka, bermaksud berkembang dan penyucian. Dari aspek syariah, ia bermaksud mengeluarkan harta tertentu dengan syarat tertentu kepada asnaf tertentu dengan kadar yang tertentu.
  2. Infaq dipetik daripada kalimah nafaqa yang mempunyai dua maksud, iaitu (i) terputusnya dan hilangnya sesuatu; dan (ii) menyembunyikan dan menutup sesuatu. Perkataan Infaq juga dipetik dari kalimah anfaqa-yunfiqu yang artinya membelanjakan atau membiayai. Dari aspek syariah, infaq bermaksud, sesuatu yang dikeluarkan oleh setiap orang yang beriman, untuk diberikan kepada siapa saja, misalnya kepada kedua orang tua, anak yatim dan lain-lain dengan tujuan yang mulia.
  3. Sedekah dipetik daripada kalimah sadaqa yang bermaksud benar atau jujur, atau membenarkan sesuatu dan dari segi syarak, sedekah bermaksud sebuah pemberian kepada orang lain yang bertujuan untuk mencari reda dan pahala daripada Allah SWT.
  4. Wakaf pula dari kalimah waqafa, yang dari segi bahasa bererti berhenti atau menahan sesuatu manakala dari segi syarak, ia bererti menahan harta dan memberikan manfaat di jalan Allah. Wakaf juga disebut sebagai sedekah jariah.

Persamaan Keempat-Empat Amalan Ini

Terdapat 7 persamaan keempat-empat amalan ini iaitu:

  1. Zakat, Infaq, Sedekah dan Waqaf seacara umumnya adalah ibadah yang melibatkan harta dan kekayaan.
  2. Zakat, Infaq, Sedekah dan Waqaf adalah ibadah sunnah yang sangat digalakkan oleh Islam dan sering disebut di dalam al-Quran dan al-hadis.
  3. Zakat, Infaq, Sedekah dan Waqaf adalah ibadah yang bersifat pengembangan dan kelestarian ekonomi dalam Islam.
  4. Zakat, Infaq, Sedekah dan Waqaf adalah ibadah yang bersifat memelihara keseimbangan sosial dalam kalangan umat Islam.
  5. Zakat, Infaq, Sedekah dan Waqaf adalah ibadah yang bersifat dwi dimensi, iaitu vertical (hubungan dengan Allah SWT) dan horizontal (hubungan dengan manusia).
  6. Zakat, Infaq, Sedekah dan Waqaf adalah ibadah yang sangat memerlukan aspek keikhlasan bagi mendapat pahala dan syurga Allah SWT (kerana perkara melibatkan harta amat mudah hilang keikhlasan).
  7. Zakat, Infaq, Sedekah dan Waqaf adalah ibadah yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran:
    – Kalimah zakat ada dalam 56 ayat dengan kata dasar zaka atau zakat.
    – Kalimah infaq ada dalam 87 ayat al-Quran dengan kata dasar nafaqa – yun fiqu.
    – Kalimah sedekah ada dalam 144 ayat al-Quran dengan kata dasar sadaqa.
    – Kalimah waqaf pula ada dalam empat ayat yang merujuk kepada maksud diberhentikan dengan kata dasar waqafa.

Perbezaan Keempat-Empat Amalan Ini

Terdapat 13 keempat-empat perbezaan keempat-empat amalan ini iaitu:

  1. Zakat statusnya wajib, manakala ibadah yang lain umumnya adalah sunat namun boleh juga menjadi wajib mengikut keadaan.
  2. Zakat adalah ibadah kehartaan, manakala ibadah yang lain tidak semestinya melibatkan harta.
  3. Zakat ibadah yang sangat ketat syaratnya, manakala ibadah yang lain adalah lebih longgar.
  4. Zakat melibatkan harta tertentu manakala ibadah lain lebih terbuka.
  5. Zakat mesti sampai kepada penerima yang layak baharu sah, sedangkan ibadah lain lebih terbuka.
  6. Zakat mempunyai kadar pengeluaran yang sudah tetap sedangkan ibadah lain tidak ditentukan kadar pengeluarannya.
  7. Zakat apabila dikeluarkan melalui amil zakat, manakala ibadah lain tidak perlu melalui amil.
  8. Zakat apabila dikeluarkan tidak boleh kepada tanggungan wajib, ibadah lain lebih bebas.
  9. Zakat kekerapannya setahun sekali, manakala harta lain tidak ada batasnya.
  10. Zakat pengeluarnya disyaratkan kaya, manakala ibadah lain tidak.
  11. Zakat ibadah yang sering digandingkan dengan solat, sedangkan ibadah lain kurang.
  12. Zakat hanya untuk umat Islam, kecuali asnaf muallaf berbanding ibadah lain boleh disalurkan kepada nonmuslim.
  13. Zakat ibadah yang perlu dikawal oleh pemerintah Islam, sedangkan ibadah lain lebih bebas.

Sumber: Facebook https://www.facebook.com/ustazhamizul

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.