Advertisements

Persediaan Diri Sebelum Terima Suntikan Penggalak (Booster)

Apakah Itu Dos Penggalak(Booster)

Advertisements

Dos Penggalak adalah pemberian dos vaksin tambahan apabila tindak balas imun seseorang di peringkat awal berkemungkinan tidak mencukupi berikutan daripada pemberian awal vaksin secara berturut-turut tetapi mungkin menjadi semakin berkurang dari semasa ke semasa.

Kementerian Kesihatan, Malaysia mengumumkan tentang pengurangan waktu pengambilan vaksin dos penggalak ini daripada 6 bulan kepada 3 bulan daripada tempoh lengkap kedua dos vaksin COVID-19 bagi kebanyakan jenis vaksin.

Dos penggalak akan diberikan kepada individu dewasa berumur 18 tahun dan ke atas dengan keutamaan kepada kumpulan rentan dan berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19 selepas vaksinasi lengkap (breakthrough infection) seperti:

  1. Petugas barisan hadapan (anggota kesihatan dan bukan kesihatan)
  2. Penghuni dan petugas di pusat jagaan kesihatan jangka panjang seperti pusat penjagaan warga emas dan sebagainya.
  3. Individu dengan komorbiditi
  4. Ibu mengandung
  5. Keperluan ke luar negara

Baca juga: Cara Isi Nama Di Senarai Menunggu Untuk Dapatkan Dos Penggalak Di PPV

Pesanan Dan Persediaan Sebelum Ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

  1. Pastikan anda tidur dan rehat secukupnya sebelum mendapatkan suntikan.
  2. Pastikan anda mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil sarapan pagi atau makan tengahari sebelum ke PPV.
  3. Pastikan tubuh badan anda sihat dan tiada gejala pada hari vaksinasi.
  4. Pastikan anda memakai pakaian yang sopan dan sesuai semasa menerima vaksin di PPV.
  5. Sentiasa memakai pelitup muka untuk melindungi diri daripada terkena jangkitan.
  6. Pastikan anda membawa kad pengenalan diri atau dokumen pengenalan diri ke PPV.
  7. Pastikan anda membawa kad vaksinasi sebagai bukti bahawa anda sudah mendapat dos lengkap vaksin.
  8. Bukan dalam tempoh kuarantin.

Apakah Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Menerima Dos Penggalak?

Setelah menerima suntikan dos penggalak, penerima vaksin perlu:

  1. Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit.
  2. Memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami tandatanda kesan sampingan yang teruk selepas menerima vaksin COVID-19.
  3. Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah pencegahan penyakitCOVID-19.
  4. Menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan.
  5. Elakkan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu.

Saranan Jenis Dos Penggalak

Berikut adalah saranan jenis vaksin dos penggalak:

Buat waktu ini, Pfizer adalah vaksin dos penggalak untuk penerima Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac secara keseluruhannya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Namun begitu, bagi individu yang divaksin sepenuhnya dengan AstraZeneca, anda dibenarkan untuk mendapatkan AstraZeneca sebagai alternatif manakala penerima Sinovac juga dibenarkan untuk mendapatkan Sinovac sebagai alternatif.

Walau bagaimanapun, ketersediaan vaksin alternatif untuk dos penggalak bagi AstraZeneca dan Sinovac adalah tertakluk kepada ketersediaan dan anda boleh menghubungi pusat vaksinasi terlebih dahulu untuk bertanya.

Nota: Jika anda mempunyai kesan sampingan semasa menerima vaksin COVID-19 sebelum ini, sila maklumkan kepada petugas kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Petugas kesihatan akan menilai status kesihatan anda dan akan membuat penilaian bagi menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima dos
penggalak.

Baca juga: Lokasi Pemberian Vaksin Dos Penggalak Secara Walk In

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.