Advertisements

Perubahan Waktu Operasi Pejabat Pengeluar Passport Malaysia

Advertisements

Jabatan Imigresen Malaysia telah mengumumkan perubahan operasi pejabat pengeluar passport di seluruh negara.

Perubahan operasi pejabat pengeluar passport ini dibuat kerana permohonan pembaharuan Passport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang semakin berkurangan pada waktu malam.

Perubahan waktu operasi ini PMA akan berkuatkuasa mulai 15 Ogos 2022.

Perubahan Waktu

Untuk perubahan waktu operasi ini, waktu operasi baharu yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

i) Pejabat Passport Negeri dan Cawangan

  • Semua negeri dan cawangan:
    – Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 7.00 petang
    – Sabtu: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
  • Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah
    – Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

ii) Pejabat UTC

  • UTC di semua negeri
    – Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 9.00 malam
    – Hujung minggu: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • UTC negeri Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah
    – Hari bekerja dan hujung minggu: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Pemansuhan STO & Permohonan Online

Sistem Temujanji Online (STO) untuk pembaharuan atau gantian passport telah dimansuhkan mulai 11 Mei 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pembaharuan atau gantian PMA perlu dibuat secara atas talian melalui MyOnline Pasport.

Kelulusan menerusi MyOnline Pasport boleh diperoleh dalam tempoh 3 hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada email.

Pemohon atau orang ramai boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut.

Kategori Walk-In

Terdapat beberapa kategori yang tidak memerlukan pembaharuan atau gantian PMA melalui online sebaliknya hanya melalui walk-in iaitu:

  • Permohonan kali pertama
  • Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah
  • Pasport hilang atau rosak
  • Warga Emas (60 tahun ke atas)
  • OKU
  • Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara
  • Jemaah Haji

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.imi.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.