Advertisements

Pesanan Sebelum Menerima Vaksin Dos Penggalak

Advertisements

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan, Malaysia telah mengurangkan selang suntikan penggalak vaksin COVID-19 daripada 6 kepada 3 bulan untuk kebanyakan jenis vaksin. Selang 3 bulan untuk penggalak terpakai kepada orang dewasa (18 tahun dan ke atas) yang telah divaksin sepenuhnya dengan Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, Moderna, Sinopharm dan CanSino Bio.

Dengan pengumuman baru-baru ini, kebanyakan orang dewasa yang telah diberi vaksin sepenuhnya sebelum September 2021, akan diberi suntikan dos penggalak.

Walaupun, pemberian vaksin dos penggalak diutamakan kepada kepada warga emas serta individu yang mempunyai komorbiditi, namun sebenarnya anda yang ingin dapatkannya segera boleh juga mendaftarkan nama di senarai menunggu di PPV pilihan.

Bagi yang telah mendapatkan tarikh janji temu pula, pastikan anda hadirkan diri supaya vaksin tidak berlaku pembaziran vaksin dan mengikut pesanan ini sebelum menerima vaksin dos penggalak.

Pesanan Sebelum Menerima Vaksin Dos Penggalak

  • Sebelum melakukan vaksinasi dos penggalak COVID-19 anda, pastikan anda mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.
  • Sebelum hadir ke pusat PPV, anda digalakkan mengambil sarapan atau makan tengah hari.
  • Jika anda tidak sihat dan bergejala, adalah lebih baik untuk menjadualkan semula janji temu vaksin anda.
  • Datang dengan pakaian yang sopan dan sesuai.
  • Seperti biasa, patuhi SOP seperti pemakaian topeng muka dan menjaga jarak sosial di tempat awam.
  • Pada hari vaksinasi, anda mesti membawa kad pengenalan anda atau dokumen pengenalan diri.
  • Pastikan juga anda membawa kad vaksinasi termasuk aplikasi MySejahtera anda sebagai bukti anda telah melengkapkan 2 dos sebelum ini.
  • Jika MySejahtera anda menunjukkan status berisiko tinggi, anda tidak dibenarkan masuk.

Saranan Jenis Vaksin Dos Penggalak

Buat masa ini, Pfizer ialah vaksin dos penggalak untuk penerima Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac secara keseluruhannya.

Namun begitu, bagi individu yang divaksin sepenuhnya dengan AstraZeneca, anda dibenarkan untuk mendapatkan AstraZeneca sebagai alternatif manakala penerima Sinovac juga dibenarkan untuk mendapatkan Sinovac sebagai alternatif.

Walau bagaimanapun, ketersediaan vaksin alternatif untuk dos penggalak bagi AstraZeneca dan Sinovac adalah tertakluk kepada ketersediaan dan anda boleh menghubungi pusat vaksinasi terlebih dahulu untuk bertanya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pada masa ini, penggalak Sinovac diutamakan untuk individu yang tidak boleh mengambil vaksin Pfizer kerana alahan atau sebab kesihatan.

Sumber: myHealth

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.