Advertisements

Pesawat China Eastern Airlines Terhempas, Bawa 133 Penumpang

Advertisements

Lapor sebuah portal Mirror,sebuah pesawat China Eastern Airlines yang membawa lebih 133 orang penumpang dilaporkan telah terhempas di pergunungan di China.

Menurut laporan, pesawat China Eastern Airlines model Boeing 737 yang terbang dari Kunming ke Guangzhou itu mengalami kemalangan di Guangxi.

Bagaimanapun, jumlah mangsa yang terkorban masih belum diketahui namun pasukan penyelamat dilaporkan sedang bergegas ke kawasan pergunungan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengurusan Kecemasan Guangxi berkata kemalangan yang dialami oleh pesawat itu juga telah menyebabkan kebakaran di gunung berkenaan.

“Pada masa ini, pasukan penyelamat telah berkumpul dan sedang mendekati kawasan pergunungan itu tetapi keadaan mangsa masih belum dapat diketahui.

Dalam sebuah video yang dikongsi di media sosial, asap putih dilihat menyelimuti kawasan pergunungan itu dan menunjukkan kawasan tersebut terbakar.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.