Advertisements

Petua Didik Anak Dengar Kata Ibu Bapa Mengikut Cara Islam

Advertisements

Menjadi seorang ibu bapa haruslah sabar dengan telatah anak-anak.

Ini kerana setiap anak-anak pasti mempunyai ragam dan telatah sendiri.

Tidak di nafikan kadang-kala kelakukan mereka boleh membuatkan kita naik darah kerana tidak mendengar arahan yang diberikan.

Di sini kami ingin kongsikan beberapa petua didik anak agar mendegar kata mengikut cara Islam.

Baca juga: 11 Tanda-tanda Anak Anda Ada ‘Growth Style’ Kinestetik

1. Doa

Sentiasa berdoa pada Allah agar diberikan anak yang soleh dan solehah serta mendengar kata.

Amalkan doa ini :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2. Beri Pujian dan Pelukan

Sentiasa memuji anak-anak jika mereka melakukan sesuatu kebaikan dan mendengar kata. Misalnya mereka mengemas permainan selepas bermain tanpa disuruh.

Di samping itu, peluklah anak-anak anda agar mereka rasa di sayangi. Tidak kira semasa bangun tidur, pergi sekolah atau bila-bila masa sahaja.

3. Gunakan Bahasa Yang Lembut

Elakan daripada menggunakan perkataan ‘tidak’ atau ‘jangan’ semasa memberi arahan.

Elakkan meninggikan suara atau menengking kepada anak-anak. Ini secara tidak lansung memberikan gangguan emosi dan psikologi anak tanpa kita sedar.

Pastikan anda menggunakan bahasa yang lembut semasa memberi arahan contohnya, “tolong ambilkan penyapu itu boleh?”

4. Berikan Hukuman

Jika anak-anak membuat salah, pastikan anda memberi hukuman kepada mereka agar mereka tahu kesalahn yang dilakukan.

Namun hukuman seperti pukul bukanlah sehingga boleh mencederakan atau melukakan mereka.

Terdapat adab memukul secara Islam iaitu pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya.

5. Beri Penghargaan

boleh berikan penghargaan kepada anak-anak tanda kita menghargai mereka.

Misalnya apabila anak-anak berjaya melakukan sesuatu atau mendapat keputusan cemerlang, bolehlah bawa mereka pergi sesuatu tempat atau beli seseuatu yang mereka gemari.

6. Sebut Nama Sebelum Beri Arahan

Jika anda ingin memberi arahan, biasakan menyebut nama penuh mereka agar mereka tahu akan panggilan kita itu serius.

Elakkan memanggil dengan nama yang kasar atau kurang sopan.

7. Pandang Mata Anak

Semasa memberia arahan kepada anak-anak, pastikan anak merenung tepat ke arah mata anak-anak.

Ini menunjukkan anak serius dan bersungguh-sungguh dalam memberi arahan.

8. Pemakanan

Pemakan adalah sangat penting dalam Islam. Pastikan anda sentiasa memberikan makanan yang halal dan bersih untuk anak-anak anda.

Elakkan daripada memberi makanan yang tidak sihat yang boleh memberi kesan negatif terhadap anak-anak.

Elakkan daripada memberi minuman berkopi atau gula- gula kepada anak-anak.

Baca juga: 7 Cara Dan Petua Lama Untuk Turunkan Suhu Demam Panas

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.