Advertisements

7 Cara Dan Petua Lama Untuk Turunkan Suhu Demam Panas

Advertisements

Serangan demam panas adalah penyakit yang sentiasa akan menyerang sesiapa saja sama ada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

Terjadinya serangan demam ini adalah disebabkan banyak faktor seperti cuaca yang tidak menentu, kadang kala panas dan hujan.

Apabila seseorang mengalami serangan demam yang panas, semestinya individu tersebut tidak bermaya dan tidak aktif.

Ini kerana ia membabitkan suhu badan seseorang dan menjadi punca untuk tidak bermaya melakukan sesuatu perkara.

Di sini kami ingin kongsikan kepada anda cara untuk kebahkan suhu badan yang panas dengan mengamalkan petua orang lama.

Baca juga: Petua Nak Hilangkan Pening Kepala

1. Letak Kain Basah Di Dahi

Kaedah ini adalah sangat popular dikalangan kita kerana sering dilakukan apabila mengalami demam panas.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Caranya adalah basahkan kain dan letakkan di atas dahi dan juga belakang leher.

2. Pakai Stokin Basah

Kaedah memakai stokin basah juga adalah salah satu petua orang lama.

Caranya adalah dengan merendam kaki ke dalam air panas, dan rendamkan sepasang stoking dalam air sejuk.

Kemudian perahkan dan sarungkan pada kaki. Lapiskannya dengan stoking yang kering.

Cara ini akan meredakan demam dengan menyalurkan darah ke bahagian kaki.

3. Makan Makanan Pedas

Pernahkah anda cuba cara ini? Kaedah ini juga membantu dalam meredakan suhu badan yang tinggi kerana kita akan berpeluh apabila memakan makanan yang pedas.

Caraya adalah taburkan lada merah ke atas makanan anda. Bahan utama iaitu capsaicin, yang memberi rasa pedas pada cili akan membuatkan anda berpeluh dan menggalakan peredaran darah yang cepat.

4. Bancuhan Air Asam Jawa

Bancuhan air asam jawa ini juga sangat membantu bagi meredakan suhu yang panas dan kaedah ini sangatlah berkesan.

Caranya adalah bancuhkan asam jawa bersama dengan sedikit air, kemudian ramas asam jawa tersebut.

Kemudian letakkan air bancuhan asam jawa itu di ubun-ubun kepala sebelum tidur.

5. Kerap Minum Air

Perbanyakkan minum air kosong sebanyak 8 hingga 12 gelas sehari.

Ini kerana apabila badan panas ia akan menyebabkan tubuh badan menjadi kering dan kurang air.

Jadi kita dengan perbanyakkan minum air kosong, badan kita akan kekal hidrat dan sihat.

Selain itu, anda juga boleh minum air yang kaya dengan vitamin C seperti jus oren.

6. Mandi Dengan Kerap

Apabila suhu dalam badan tinggi, jangan sesekali untuk mandi. Mandi dengan kerap juga salah satu cara untuk meredakan suhu badan yang tinggi.

Lebih kerap anda mandi, suhu yang panas akan mula berkurangan. Lebih bagus lagi jika anda mandi bermula dari kaki dan keatas. Barulah wap panas tu keluar di kepala.

7. Minum Air Kelapa Muda

Air kelapa muda dikatakan mempunyai elektrolit tinggi yang berkesan untuk menurunkan suhu badan.

Jadi kerapkan minum air kelapa muda semasa demam dan pastikan anda minum yang asli tanpa campuran gula.

Semoga dengan perkongsian kami ini dapat memmberi manfaat kepada anda.

Baca juga: 13 Cara Tradisional Untuk Hilangkan Sakit Gigi

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.