Advertisements

Pendaftaran PICK Remaja: Program Imunisasi Kebangsaan 12-17 Tahun

Advertisements

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan pendaftaran Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah bermula menjelang sesi pembukaan persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

PICK Remaja dilaksanakan selepas Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun dan ke atas untuk divaksinasi.

Keadaan terbaharu di dalam negara menunjukkan bahawa perlunya remaja berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan vaksin COVID-19 iaitu:

  • Statistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak (0-18 tahun) di Malaysia adalah membimbangkan.
  • Turut membimbangkan adalah statistik kematian di mana 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak telah dilaporkan pada tahun 2021 (sehingga 19 September 2021) berbanding enam (6) kematian pada tahun 2020.

Oleh itu, bagi memastikan risiko jangkitan COVID-19 di sekolah dapat dikurangkan dan seterusnya mencegah kejadian kes dan kluster di kalangan warga sekolah, remaja berumur 12 hingga 17 tahun perlu segera mendapatkan vaksin COVID-19 sebelum bermulanya sesi persekolahan.

Sasaran Vaksinasi

KKM menyasarkan peratus remaja yang mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi program PICK adalah seperti berikut:

  • 60% daripada kanak-kanak remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya 1 dos vaksin menjelang bulan November 2021.
  • 80% daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Kesan Sampingan

Bagi remaja yang telah mendapat suntikan vaksin COVID-19, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian mengenai kesan sampingan vaksin COVID-19:

  1. Kemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;
  2. Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarang berlaku, di mana;
    – Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;
    – Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;
    – Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;
    – Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi;
  3. Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; dan
  4. Pengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar bagi PICK Remaja, proses aliran pendaftaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

i) Pengetua/Ketua Institusi

ii) Ibu bapa/penjaga/remaja

  • Ibu bapa/penjaga/remaja itu sendiri perlu mendaftar di aplikasi MySejahtera.
  • Isi maklumat yang diperlukan di dalam aplikasi tersebut dengan lengkap dan betul.

iii) Penyerahan Borang Persetujuan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PICK Remaja, sila layari laman web https://covid-19.moh.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.