Advertisements

PICKids Dibuka Semula Selama 5 Hari Mulai 20 Jun Hingga 24 Jun 2022

Advertisements

Ibu bapa yang ingin mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak mereka menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) boleh berbuat demikian selama 5 hari mulai 20 Jun sehingga 24 Jun 2022.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan pelaksanaan PICKids dibuka semula kepada kanak-kanak sempena Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 pada 16 Jun 2022 yang bertemakan “Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua.”

KKM memaklumkan, pembukaan vaskinasi ini adalah bagi meraikan ibu bapa yang kini berhasratmendapatkan vaksin COVID-19 bagi anak-anak yang terlepas peluang sebelum ini dan keprihatinan KKM atas keselamatan kanak-kanak daripada penyakit pencegahan vaksin.

Oleh itu, ibu bapa yang baru mengetahui mengenai vaksinasi COVID-19 atau baru membuat keputusan membenarkan anak di vaksinasi digalakkan mengambil peluang ini.

Umur Kanak-Kanak

Pelaksanaan program PICKids ini adalah untuk kanak-kanak yang telah berusia 5 tahun hingga 11 tahun.

Untuk kanak-kanak yang akan mencapai umur 5 tahun, ibu bapa masih boleh membuat tempahan janji temu vaksinasi mengikut tarikh dan tempat vaksinasi pilihan melalui aplikasi MySejahtera.

Lokasi Pemberian Vaksinasi

Ibu bapa boleh membawa anak-anak di klinik-klinik kesihatan di bawah KKM tanpa perlu melakukan janji temu.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pemberian adalah berdasarkan kepada stok vaksin di sesebuah fasiliti pada hari tersebut.

Sekiranya stok vaksin untuk hari tersebut habis, ibu bapa perlu membawa anak-anak ke klinik kesihatan terbabit pada keesokkan harinya.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PICKids, sila layari laman web KKM iaitu https://www.moh.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.