Advertisements

Pilih Vitamin C Sesuai Dengan Anak Anda. Doktor Ini Kongsikan Caranya

Advertisements

Pengambilan vitamin C sememangnya digalakkan terutamanya bagi kanak-kanak. Ini kerana pengambilan vitamin C sedikit sebanyak membantu menguatkan imun badan anak daripada mudah dijangkiti virus.

Lebih-lebih lagi di musim wabak pandemik ini terlalu mudah untuk dijangkiti wabak atau penyakit lain. Oleh itu, langkah berjaga-jaga mestilah diambil selain daripada mematuhi SOP sedia ada.

Namun begitu, terdapat pelbagai jenis vitamin C di pasaran khas untuk kanak-kanak. Jadi apakah vitamin yang terbaik untuk mereka?

Perkongsian Dr Wan Asmara di laman Tiktok memberitahu bagaimana cara memilih vitamin C yang betul untuk kanak-kanak.

1 – Pastikan ‘Sugar free’

Menurutnya jika mahu membeli Vitamin C, paling penting sekali pastikan “no sugar” atau tiada kandungan gula dalam suplemen tersebut. Maksudnya kena betul-betul sugar-free.

Kebiasaannya lain-lain terma bagi gula yang digunakan oleh pengilang. Antara terma yang membawa maksud kandungan gula iaitu Sucrose, Multodextrin, Aspartame dan macam-macam lagi. Jangan tertipu!

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jadi, harap ibu bapa alert dengan terma tersebut! Kandungan gula sangat tidak bagus diambil berlebihan oleh kanak-kanak kerana ia akan menyebabkan mereka menjadi lebih hiper dan berkelakuan ‘nakal’.

Oleh itu penting bagi ibu bapa untuk membaca label produk sebelum membelinya.

2 – Tiada Pewarna Tiruan

Selain dari itu jangan ambil vitamin C yang mengandungi pewarna tiruan. Walaupun ditulis mengandungi oren, tetapi ia bukanlah sebenarnya buah oren, sebaliknya menggunakan pewarna tiruan Tartrazine atau ditulis dalam bentuk kod tertentu.

Pewarna tiruan makanan adalah tidak bagus untuk kanak-kanak apatah lagi jika suplemen vitamin C turut menggunakannya. Ini kerana kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang memakannya akan menjadi lebih hyper dan nakal.

Selain daripada dua faktor tersebut, jika boleh pastikan juga vitamin C yang dibeli tidak mengandungi gluten.

@drwanasmara

AMARAN! Jangan sembarangan beli Vitamin-C!!

♬ bunyi asal – DrWanAsmara

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.