Advertisements

Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah Tahun 2022

Advertisements

Pinjaman pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah merupakan bantuan pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara. 

Bagi anak kelahiran Negeri Kedah yang ingin membuat permohonan pinjaman pendidikan, sila ikuti perkongsian info lanjut di artikel ini.

Baca juga : iBAKIPT Fasa 2- Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Anak Kedah

Tarikh Permohonan

Untuk tahun 2022, permohonan telah dibuka pada 18 Ogos 2022 (Khamis) hingga 2 Oktober 2022 (Ahad).

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman adalah sebanyak RM6,500.00 setahun (RM7,500.00 setahun bagi pengajian di UniSHAMS).

Manakala pinjaman akan disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.

Syarat Permohonan

Berikut adalah beberapa syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleha pemohon seperti :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di Kedah serta warganegara Malaysia dan pemohon mestilah bermastautin dan menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  2. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi.
  3. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa Dalam Negara di IPTA dan IPTS (yang terpilih sahaja) serta telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
  4. Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.
  5. Ibu/Bapa/Penjaga tidak disenarai hitam/dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.

Cara Mohon

Untuk membuat permohonan pinjaman pendidikan, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini :

  1. Layari laman web Sistem iPINJAM SPPNK dipautan: https://eservices.kedah.gov.my/ipinjam/login.php?a=OTEzMTgz.
  2. Tekan butang “Daftar Pengguna Baru.”
  3. Isi Nama Penuh, No Kad Pengenalan sebagai ID Pengguna, Kata Laluan dan Emel diikuti dengan tekan butang “Hantar.”
  4. Semak emel untuk pengesahan pendaftaran akaun.
  5. Log masuk dengan mengisi No Kad Pengenalan sebagai ID Pengguna dan Kata Laluan.
  6. Memuat naik Surat Tawaran/Surat Pengesahan IPT di ruangan Maklumat Pengajian dan tekan butang “Seterusnya.”
  7. Isi No Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Waris/Penjaga untuk semakan kelayakan dan tekan butang “Semak.”
  8. Tekan butang “Permohonan Baru.”
  9. Isi maklumat seperti berikut:
    • Maklumat pemohon
    • Maklumat Keluarga/Waris/Penjaga/Suami/Isteri
    • Tanggungan Keluarga yang masih belajar (sekiranya ada)
    • Maklumat Pengajian Semasa
    • Keputusan SPM
    • Maklumat STPM/STAM/Sijil/Matrikulasi dan Diploma
  10. Tandakan di ruangan “Ya” untuk Perakuan.
  11. Tukan butang “Hantar.”

Dokumen Sokongan

Antara dokumen sokongan yang diperlukan adalah :

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
  • Salinan Sijil Kelahiran Ibu/ Bapa/ Penjaga (sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Kedah);
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu/ Penjaga;
  • Salinan Kad Pengenalan Bapa/ Penjaga;
  • Salinan Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga;
  • Salinan Sijil SPM/ SPMV;
  • Salinan Sijil STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Asasi/ Sijil/ Diploma (jika ada);
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • Salinan Sijil Kokurikulum (pencapaian tertinggi sahaja);
  • Salinan Surat Tawaran Pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT);
  • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Kemasukan ke IPT;
  • Salinan Bil Utiliti (Elektrik/ Air/ Astro/ Indah Water);
  • Gambar Berwarna Berukuran Pasport ;
  • Borang Pengesahan Bermastautin oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah

Bayaran Balik Pinjaman

Bayaran balik pinjaman pendidikan bermula dua belas (12) bulan selepas pelajar menamatkan pengajian. (Seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Perjanjian Pinjaman) 

Peminjam serta Penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima seperti di dalam dokumen perjanjian berserta caj perlhidmatan 2% setahun ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini setiap bulan. 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022,sila hubungi di talian 04 702 7272 | 04 702 7286 atau emel ke [email protected]

Baca juga : Permohonan Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.