Advertisements

PISMP 2020 Fasa 2: Permohonan IPG Program Guru Lepasan SPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 bagi individu lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Ambilan ini adalah bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Pemohon yang terpilih akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang lulus PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat 4 tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

PPISMP dan PISMP tersebut akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa sahaja.

Syarat & Kelayakan Asas

Pemohon mestilah memenuhi syarat dan kelayakan asas sebelum membuat permohonan.

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Umur pemohon tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2000.
  3. Pemohon mestilah sihat tubuh badan.
  4. Pemohon mestilah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Pemohon perlu memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya 5 mata pelajaran di peringkat SPM.
  6. Pemohon perlu memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi 3 mata pelajaran berikut:
    i) Bahasa Melayu
    ii) Sejarah
    iii) Bahasa Inggeris
  7. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan yang boleh dirujuk di dalam laman web https://pismp.moe.gov.my.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

Bidang pengkhususan yang ditawarkan meliputi bidang-bidang berikut:

  1. Sekolah Kebangsaan (SK)
    i) Bahasa Kadazandusun
    ii) Reka Bentuk dan Teknologi
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
    i) Pendidikan Seni Visual
    ii) Pendidikan Jasmani
    iii) Pendidikan Muzik
    iv) Bimbingan dan Kaunseling
    v) Reka Bentuk Teknologi
    vi) Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
    vii) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
    viii) Sains
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
    i) Pendidikan Seni Visual
    ii) Pendidikan Jasmani
    iii) Pendidikan Muzik
    iv) Reka Bentuk dan Teknologi
    v) Matematik
    vi) Sains
  4. Sekolah Kebangsaan (SK) / Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) / Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
    i) Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)

Langkah-Langkah Memohon PISMP

Pemohon boleh membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman sesawang https://pismp.moe.gov.my mulai 6 Julai 2020.
  2. Setiap permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
  3. Pemohon yang terpilih perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran.
  4. Pemohon dinasihatkan untuk melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  5. Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan 1 permohonan sahaja dan pemohon boleh mengemaskini permohonan pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
  6. Permohonan perlulah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup
    permohonan.
  7. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  8. Maklumat permohonan yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  9. Tarikh tutup permohonan adalah 12 Julai 2020 jam 11.59 malam.

Pertanyaan Mengenai Permohonan

Pemohon yang ingin mengemukakan pertanyaan mengenai permohonan boleh menghubungi:

Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor.

U.P: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar
No. Telefon : 03-8312 6768/6693/6731/6769

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.