Rasmi: PKP Dilanjutkan 2 Minggu Lagi Sehingga 28 April 2020

Teka-teki Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP kini terjawab.

Sebentar tadi Perdana Menteri telah pun mengumumkan PKP dilanjutkan 2 minggu lagi.

Perintah ini berkuatkuasa dari 15 April sehingga 28 April 2020 dan terpakai di seluruh Malaysia.

Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Melalui rujukan kami di portal MKN, terdapat enam jenis arahan semasa PKP dijalankan iaitu:

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
  4. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-laininstitusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
  5. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).

Ikuti siaran langsung di bawah:

Definisi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Terdapat tiga kategori PKP.

  1. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  2. Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2)
  3. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

PKP dan PKP 2 melibatkan seluruh negeri.

Manakala PKPD hanya melibatkan kawasan zon merah atas nasihat KKM apabila berlaku penularan mendadak dalam lokaliti tersebut.

Kawalan pergerakan bagi PKP dan PKP2 masih dibenarkan namun terhad.

Bagi PKPD pula pergerakan tidak dibenarkan sama sekali. Semua premis perniagaan di kawasan PKPD perlu ditutup dengan beberapa pengecualian.

Sektor Dibenarkan Beroperasi

Hanya 10 sektor di bawah yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP, iaitu:

  1. Makanan
  2. Air
  3. Tenaga
  4. Komunikasi dan Internet
  5. Keselamatan dan Pertahanan
  6. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Pembetungan
  7. Penjagaan Kesihatan dan Perubatan termasuk Penokok Diet
  8. Perbankan dan Kewangan
  9. E-dagang
  10. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

Definisi Zon KKM

Berikut adalah definisi setiap zon yang digariskan oleh KKM:

  • Zon Hijau – Kawasan yang tiada kes positif
  • Zon Kuning – Kawasan yang mempunyai 1 – 20 kes positif
  • Zon Jingga – Kawasan yang mempunyai 21 – 40 kes positif
  • Zon Merah – Kawasan yang mempunyai lebih dari 40 kes positif

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.