Advertisements

PLK-i: Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik PTPK Tanpa Faedah

Advertisements

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) melancarkan satu bentuk Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) tanpa faedah kepada peserta PKPK.

Tujuannya ialah untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir untuk memasuki program TVET menerusi bantuan pinjaman latihan kemahiran yang ditawarkan.

Pelaksanaan program pinjaman ini oleh PTPK adalah untuk mewujudkan teras pinjaman latihan kemahiran yang berkonsepkan patuh syariah yang memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia.

Pelaksanaan PLK-i ini akan menyokong agenda pendidikan TVET negara sebagai pilihan utama dalam pendidikan tinggi negara.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai pinjaman ini.

Kelebihan PLK-i

Untuk makluman, PTPK tidak akan mengenakan apa-apa bayaran upah iaitu caj pentadbiran dan perkhidmatan bagi permohonan baru pinjaman latihan dan penukaran (Conversion) akaun pinjaman konvensional selama 12 bulan.

Ini sekali gus akan mengurangkan beban peminjam kerana peminjam tidak perlu membayar faedah pinjaman untuk 12 bulan pertama.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pelaksanaan inisiatif ini akan membuka lebih banyak peluang kepada remaja dan belia untuk memasuki program TVET dan akan merancakkan lagi agenda pemerkasaan TVET dalam usaha negara melahirkan lebih ramai pekerja mahir tempatan.

Program pinjaman latihan yang dilancarkan ini akan berkuat kuasa pada 15 Ogos 2022 bagi fasa pertama.

Untuk makluman juga, PLK-i tidak terhad kepada orang Islam sahaja bahkan turut dibuka kepada orang bukan Islam untuk mendapatkan inisiatif ini.

Ini bermakna, semua individu tanpa mengira kaum dan agama adalah layak untuk mendapatkan inisiatif ini.

Baca juga: Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah Tahun 2022

Cara Memohon PLK-i

Peserta yang berminat untuk memohon Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik ini boleh mengikuti langkah berikut

  1. Pendaftaran boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Pembiayaan (SPPiv) di pautan http://online.ptpk.gov.my:7777/ptpk/online/
  2. Pengesahan Peminjam wajib dibuat dan boleh dilakukan di pautan MyPerkasa TVET di https://myperkasatvet.ptpk.gov.my/portal

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai inisiatif pinjaman latihan ini, sila layari laman web PTPK di pautan https://www.ptpk.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.