Advertisements

PLK KKM: Program Latihan Kepakaran Pegawai Perubatan/Pergigian

Advertisements

Pegawai perubatan/pergigian di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada tetap atau kontrak berpeluang untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerusi Program Latihan Kepakaran (PLK).

Tujuan PLK dilaksanakan adalah untuk memastikan pegawai perubatan/pergigian yang berkualiti dan professional dapat dilahirkan melalui program tersebut.

Berbeza dengan PLK bagi tahun-tahun lalu, PLK pada tahun ini berbeza kerana tawaran program ini turut dibuka kepada pegawai perubatan/pergigian kontrak berbanding hanya ditawarkan kepada pegawai tetap seperti sebelum ini.

Ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan pada 14 Julai 2021 yang lalu yang menggesa KKM bersama-sama kementerian dan agensi pusat yang lain merangka pelan kerjaya yang komprehensif dan inklusif untuk pegawai perubatan/pergigian lantikan kontrak.

Peruntukan bagi pelaksanaan program ini juga adalah sebahagian daripada peruntukan menerusi Belanjawan 2022 iaitu sebanyak RM100 juta kepada KKM untuk manfaat sehingga 3,000 pegawai lantikan terutamanya bagi pegawai kontrak.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan bagi pegawai perubatan/pergigian yang ingin memohon program ini adalah pada 28 Januari 2022.

Peringkat Pengajian

Pegawai perubatan/pergigian boleh memohon PLK bagi peringkat perngajian berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Ijazah Sarjana
  • Area of Special Interest (AOSI),
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
  • Kepakaran

Cara Memohon

Bagi pegawai perubatan/pergigian yang ingin memohon program ini, mereka boleh membuat permohonan menerusi sistem e-HLP KKM iaitu di pautan http://ehlp.moh.gov.my.

Pegawai perubatan/pergigian juga diingatkan untuk bersedia dengan lebih awal sebelum membuat permohonan tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PLK, sila layari laman web http://ehlp.moh.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements