Advertisements

PM Umum Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Untuk Mangsa Banjir

Advertisements

Tatkala kita menghampiri penghujung tahun 2021, Malaysia telah diuji dengan bencana banjir yang agak luar biasa terutama di negeri Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain. Bencana ini bukan sahaja telah memusnahkan harta benda, malah menyebabkan kehilangan nyawa.

Lantaran itu, Kerajaan ini komited untuk memastikan bantuan-bantuan yang bakal disalurkan akan ditambah baik supaya lebih menyeluruh dan dapat segera disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Baca juga: Permohonan Bantuan Bencana Banjir Pelaut 2021

Berikut merupakan petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa menyampaikan perutusan sambutan Tahun Baharu 2022 hari ini berkait Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan.

i. Pertama, Bantuan Wang Ihsan (atau BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah berbanding RM500 sebelum ini. Bayaran Bantuan Wang Ihsan tersebut telah mula diberikan sejak 27 Disember yang lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir berbanding sebelum ini yang memakan masa 3 hingga 6 bulan. Ini akan memanfaatkan lebih 45 ribu Ketua Isi Rumah. Angka yang akan menerima bantuan ini boleh bertambah ramai apabila kita selesai mengenal pasti mereka yang terkesan tetapi tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (atau PPS). Setakat hari ini, seramai 20 ribu Ketua Isi Rumah telah menerima bantuan ini.

ii. Kedua, baucar tunai sebanyak RM500 bagi pembelian barangan elektrik kepada setiiap keluarga mangsa banjir bagi menggantikan barangan elektrik yang rosak akibat bencana banjir. Pembelian boleh dibuat di premis atau di platform e-dagang yang diiktiraf oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Program ini akan dilaksanakan bermula 7 Januari 2022.

iii. Ketiga, saya faham dan sedar bahawa banyak kenderaan yang rosak teruk akibat musibah banjir yang menjejaskan bukan hanya pergerakan tetapi juga punca pendapatan. Bagi pemilik PERODUA dan PROTON yang terkesan, syarikat ini menawarkan pengecualian bayaran perkhidmatan tunda kenderaan dan upah baik pulih disamping diskaun 50% ke atas alat ganti. Manakala syarikat lain pula menyediakan perkhidmatan tunda kenderaan secara percuma dan diskaun sekurang-kurangnya 25% ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis yang berdaftar.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bagi pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir, Kerajaan turut menyediakan baucar tunai sebanyak RM1,000 bagi tujuan pembaikan atau pembelian semua kenderaan yang terkesan termasuk lori, kereta, motosikal dan lain-lain.Pemberian baucar tunai dan diskaun akan dimulakan pada Januari 2022.

iv. Keempat, Kerajaan juga akan menyediakan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan yang tidak serius.

Walau bagaimanapun, bagi kerosakan serius, Kerajaan sendiri akan mengurus baik pulih rumah dengan kos sehingga RM15,000. Manakala, bagi rumah yang musnah dan tidak boleh diduduki, Kerajaan akan membantu sehingga kos RM56,000 setiap unit rumah dibina baru.

Baca juga: BKM 2022: Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia

v. Kelima, memandangkan banyak sukarelawan serta NGO telah memberikan sumbangan peralatan kepada mangsa dan untuk mengelakkan pertindihan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan wang tunai sebanyak RM2,500 khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing-masing. Pemberian ini adalah khas untuk mereka yang mengalami kerosakan barangan akibat banjir.

Keseluruhan pemberian tunai kepada mangsa boleh mencecah RM10,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah.

Inilah usaha Kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan KWSP.

Dengan usaha ini, pencarum boleh mengekalkan simpanan mereka dan menikmati dividen tahunan sekitar 5% sekaligus mereka boleh merancang masa depan selepas bersara.

Malah bagi mereka yang mengalami kemusnahan rumah secara keseluruhan, jumlah bantuan jauh lebih tinggi dan boleh mencecah RM61,000. Saya berharap dengan pemberian ini sedikit sebanyak dapat memberi Sinar Baharu kepada Keluarga Malaysia.

Baca juga: Cara Permohonan Bantuan Banjir RM200 Sebulan Di Pahang

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.