Advertisements

PM Umum Berita Gembira Buat Penjawat Awam Pada 30 Ogos

Advertisements

Perdana Menteri bakal mengumumkan berita gembira buat penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada 30 Ogos nanti.

Berita baik tersebut adalah sebagai penghargaan Kerajaan Keluarga Malaysia terhadap pengorbanan kalangan penjawat awam.

Antara sektor penjawat awam yang disebut adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi kerajaan lain.

Hasil kerja keras semua pihak dan kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Malaysia menjadi antara negara yang mencatatkan kadar pelalian terpantas dan akhirnya berjaya memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lalu.

Dari sudut politik pula, kerajaan pimpinan Perdana Menteri mampu bertahan sudah setahun walaupun berhadapan dengan suasana ketidaktentuan dan ketidakstabilan berdasarkan sejarah lompat parti waktu itu.

Sama-sama kita nantikan apakah khabaran berita gembira yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri.

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2112994

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.