Advertisements

Pogram Vaksinansi Dari Rumah Untuk Warga Emas

Advertisements

Bermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk penerima vaksin primer Sinovac 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin, akan bertukar daripada “Lengkap Vaksinasi” ke “Tidak Lengkap Vaksinasi” di aplikasi MySejahtera sekiranya tidak mengambil dos penggalak.

KKM walaubagaimanapun memahami kesukaran yang dihadapi warga emas seperti ketiadaan kenderaan untuk ke tempat PPV.

Dari itu, KKM bersetuju untuk membantu dengan menyediakan perkhidmatan Program Vaksinasi Dari Rumah untuk warga emas.

Program ini adalah bertujuan untuk memperluaskan dan mempercepatkan vaksinasi terus ke rumah bagi membolehkan warga emas melengkapkan status vaksinasi mereka.

Disamping itu menguatkan imuniti badan mereka terhadap jangkitan Covid-19 menjelang bulan Ramadan dan Hari Raya tak lama lagi.

Cara Daftar Vaksinasi Dari Rumah KKM

Cara-cara untuk memohon pendaftaran vaksinasi di rumah boleh dilakukan melalui tiga cara di bawah:

  1. Dial 1700-811-007
  2. WhatsApp 0126787911
  3. Daftar melalui laman web Protech Health
  4. Daftar melalui MySejahtera (rujuk langkah di bawah)

Cara Mohon Vaksinasi Dari Rumah Melalui My Sejahtera

  1. Pergi ke Helpdesk MySejahtera
  2. Klik Pilihan A – Temu Janji Vaksinasi Penggalak
  3. Klik Pilihan C – Saya / tanggungan (dependent) saya terlantar dan memerlukan vaksin di rumah
  4. Sila isikan butiran di bawah dan muat naik surat daripada doktor anda untuk pertimbangan KKM dan CITF bagi program imunisasi di rumah anda.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.