Program Anak GENIUS Negara (PAGN) kini dibuka untuk permohonan kepada ibubapa/ penjaga yang berminat untuk menghantar anak- anak mereka.
Program GENIUS adalah pembaharuan daripada program sebelumnya iaitu PERMATA. Ianya selaras dengan pembaharuan struktur tadbir urus bagi program tersebut.
Terdapat 7 program di bawah Bahagian GENIUS Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Program Anak Genius Negara adalah salah satu daripadanya.
Program Anak GENIUS Negara menyediakan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Program ini membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka.
Di dalam program ini, kanak-kanak akan diajar mengguna kelima-lima deria mereka dalam proses memerhati, meniru, meneroka, cuba-jaya, mengaplikasikan terhadap persekitaran di sekeliling sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan mereka.

Keistimewaan Program Genius Negara
- Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh
- Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik
- Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
- Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing)

Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia (anak)
- Berumur 4 tahun ke bawah
- Keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000.
Tarikh Permohonan
Mulai 1 Jun hingga 30 September 2022
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di pautan di bawah ini.
Dokumen Diperlukan
Sila sediakan dokumen seperti disenaraikan di bawah:
- Salinan surat beranak
- Salinan MyKid anak
- Salinan buku kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin)
- Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga yang disahkan
- Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa / penjaga (sekiranya bekerja sendiri)
Lokasi Pusat Program Anak GENIUS Negara
Berikut merupakan senarai pusat Program Anak GENIUS Negara:
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Program Anak Genius di Pusat Anak Genius Negara, anda boleh menghubungi Bahagian Genius Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8880 5151.
Facebook: https://www.facebook.com/programgeniuskpm