Advertisements

Program Anak Kebanggaan Pahang Tawar RM200 Untuk Anak Baru Lahir

Advertisements

Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) merupakan salah satu program yang ditawarkan di bawah Belanjawan 2022 Negeri Pahang.

Di bawah program Pahang Pride Kid ini akan memberikan setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima wang saguhati untuk kegunaan pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang dan simpanan masa depan.

Selain itu, pelajar juga akan mendapat kad diskaun yang akan dikreditkan ke kad tersebut bagi membeli barang keperluan sekolah.

Kerajaan negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi program ini berdasarkan data Jabatan Perangkaan pada 2020, di mana kelahiran bayi Pahang adalah 25,279 orang setahun secara purata.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai kedua-dua Program Anak Kebanggaan Pahang.

Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid)

Di bawah program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) ini, kerajaan negeri akan memberikan wang saguhati sebanyak RM200 bagi setiap bayi yang dilahirkan di Pahang mulai tahun depan.

RM100 akan diperuntukkan bagi pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang dan selebihnya adalah untuk simpanan masa depan anak terbabit.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kad Pelajar Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Student)

Prihatin dengan rintihan ibu bapa yang bimbang dengan perbelanjaan dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu, kerajaan negeri dengan kerjasama MBS Book & Stationeries memperkenalkan initiatif Kad Pelajar Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Student).

Kad terbabit akan dikreditkan sebanyak RM100 untuk menampung pembelian barangan persekolahan yang dijangka akan memberi manfaat kepada 238,455 pelajar dari keluarga B40 dan M40 dalam negeri Pahang.

Selain penawaran kad pelajar yang bernilai RM100 itu, terdapat juga diskaun 20% bagi setiap perbelanjaan keperluan persekolahan, termasuk buku, pakaian dan beg sekolah serta alat tulis terpilih.

Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai 2021 Untuk e-Filing 2022

Syarat Kelayakan

Kad Pelajar ini akan diberikan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai anak yang masih bersekolah dari kumpulan di bawah:

  1. B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850)
  2. M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk saluran berikut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.