Advertisements

Program Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2022

Advertisements

Program bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.

Objectif utama Bantuan ANIS adalah:

  1. Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
  2. Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.
  3. Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jenis Bantuan

Di bawah bantuan ANIS, mereka yang layak bakal mendapat manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga seperti:

  1. Makanan/keperluan tambahan*
  2. Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin*
  3. Ubat-ubatan*
  4. Pendidikan (Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU)

* berdasarkan preskripsi doktor sahaja

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan bagi memohon bantuan ANIS

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor.
  3. Ibu / bapa/ penjaga yang mempunyai anak OKU berumur 18 ke bawah; DAN
  4. Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan);
  5. Anak (OKU) mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM; ATAU
  6. Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU);

*Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi anda yang berminat untuk memohon bantuan ANIS, dokumen seperti di bawah mestilah dilengkapkan.

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan pasangan.
  3. Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU.
  4. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  5. Salinan Kad Pengenalan Anak OKU.
  6. Salinan Kad OKU dari JKM, atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  7. Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
  8. Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  9. Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
  10. Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

Cara Memohon Bantuan ANIS 2022

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memohon Bantuan ANIS 2022:

  1. Pemohon hendaklah membuat permohonan diatas talian di laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/bantuananis
  2. Pemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:

    Pejabat YAWAS
    Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
    40000 Shah Alam, Selangor.
  4. Borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar mulai 17 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 Jam 4.00 petang
  5. Jika gagal menghantarnya sebarang rayuan tidak dilayan
  6. Sebarang pertanyaan Sila hubungi 03-55453170 / 03-55245068

Baca juga: Permohonan i-BERKAT: Bantuan Kasih Bangsa Johor

Semak Status Permohonan Bantuan ANIS

Anda boleh menyemak status permohonan ANIS di portal semak permohonan ini.

Cara Pembayaran Bantuan ANIS

  1. Jenis bantuan selain pendidikan seperti makanan/peralatan sokongan/keperluan khas/ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):
    1. Pembelian barangan tersebut akan diuruskan oleh YAWAS dimana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.
    2. Barang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel.
    3. Pembayaran dan Penghantaran barangan kepada pemohon akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.
  2. Jenis bantuan berbentuk Pendidikan/Kelas terapi khas untuk anak OKU
    1. Pembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan/terapi yang diminta oleh pemohon.
    2. Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
    3. Pembayaran akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan maklumat lanjut berkenaan bantuan ANIS, sila rujuk saluran berikut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.