Advertisements

Program Biasiswa SLDN Daikin Bekerja Sambil Belajar Untuk Pelajar Lepasan SPM

Advertisements

Tawaran bekerja sambil belajar di Daikin Malaysia untuk lepasan SPM dibuka untuk pelajar yang berminat menceburi bidang automasi.

Program yang dikenali sebagai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) ini menawarkan program dalam bidang Automasi Industri dan ditaja sepenuhnya di bawah program SLDN

Program ini merupakan program perantisan (belajar sambil bekerja) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di mana pelajar dapat merasai dunia pekerjaan sebenar sambil menambah ilmu pengetahuan menerusi program sijil yang ditawarkan.

Kelebihan Program SLDN

Antara kelebihan yang bakal pelajar nikmati sekiranya menyertai program SLDN ini adalah seperti berikut:

  1. Purata gaji bulanan RM 1,500 termasuk OT, elaun makan dan elaun shift.
  2. Sijil SKM Tahap 2 dan Tahap 3 melalui program ini juga diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia).
  3. Kelayakan cuti tahunan
  4. RM 2,000 insentif tamat program selepas tamat sijil SKM Tahap 3 * Tertakluk kepada terma dan syarat.

Baca juga: AirAsia Promosi Tawar Tempat Duduk Percuma AirAsia Bermula 9-17 April

Syarat Kelayakan SLDN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  • Berkelulusan SPM dengan syarat wajib lulus 4 mata pelajaran iaiti Bahasa Melayu, Sejarah dan lulus sama ata subjek Matematik/Sains)
  • Calon berusia antara 18 hingga 25 tahun  
  • Mempunyai rekod disiplin yang bersih
  • Berminat untuk lanjutkan pelajaran dan bekerja
  • Komited untuk sempurna program yang berlangsung selama 24 bulan
  • Berminat dengan mesin dan elektronik
  • Sihat tubuh badan

Cara Memohon SLDN Daikin

Pemohon yang berkelayakan boleh lakukan pendaftaran sebelum 15 April  melalui pautan pendaftaran SLDN.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program SLDN ini sila emel ke [email protected] atau hubungi talian 03-61458635 (Norazlin).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.