Advertisements

Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak Ambilan Sesi Oktober

Advertisements

Untuk makluman, Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) akan dibuka mulai 26 Julai hingga 26 Ogos 2022 bagi Ambilan Sesi Okteber 2022.

Program ini dibuka khusus kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

PDP PAKK merupakan salah satu inisiatif berterusan KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.   

Ikuti perkongsian maklumat lanjut mengenai Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) ini.

Baca juga: Yayasan Bank Rakyat- Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Fasa 2

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan akan dibuka bermula pada 26 Julai 2022 dan akan ditutup pada 26 Ogos 2022.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian untuk program ini adalah selama 2 tahun atau 6 Semester.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Struktur Yuran

Bagi sepanjang tempoh pengajian, yuran keseluruhan adalah berjumlah RM8060.00 sahaja.

Bayaran yuran pengajian per semester adalah seperti berikut:

  • Semester 1 (RM1470.00)
  • Semester 2 (RM1020.00)
  • Semester 3 (RM1020.00)
  • Semester 4 (RM1020.00)
  • Semester 5 (RM1020.00)
  • Semester 6 (RM2280.00)

Bayaran lain adalah seperti berikut:

  • Yuran Pendaftaran – RM170 (dibayar SEKALI SAHAJA pada Semester 1)
  • Insuran/Pelan Perlindungan Skim Takaful Berkelompok – RM30.00 (dibayar pada Semester 1 dan Semester 4)

Pembiayaan Pengajian

Kos pengajian bagi program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta (guru tadika swasta) sendiri atau pengusaha tadika swasta.

Syarat Kelayakan

Terdapat dua syarat kelayakan yang perlu dipenuhi seperti berikut:

1. Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan.
  • Sedang berkhidmat serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2. Syarat Akademik

  • Memiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang- kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau

Bagi pemohon yang TIDAK MEMENUHI KESEMUA SYARAT AKADEMIK DI ATAS, HENDAKLAH SEKURANG-KURANGNYA:

  • Lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila pastikan pemohon telah membuat salinan (softcopy) dokumen-dokumen yang diperlukan dan memuat naik di dalam borang pendaftaran:

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan sahaja)
  2. Salinan Surat Lantikan Guru/Surat Pengesahan Guru daripada majikan
  3. Salinan Sijil Sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU/STPM/STAM
  4. Salinan Sijil APEL (sekiranya ada)
  5. Salinan Permit Mengajar Yang Sah

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta borang permohonan, sila layari laman web di pautan berikut: https://bit.ly/pdppakk 

Baca juga: Permohonan Biasiswa Albukhary Bagi Pelajar AIU Sesi 2022/2023

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements