Advertisements

Program GEMS Beri Peluang Pekerjaan Kepada Graduan Bidang Sastera

Advertisements

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) komited membantu graduan yang menerima pembiayaannya menerusi program Graduate Executive Marketer for Simpan SSPNPlus (GEMS) dengan menyediakan modul latihan keusahawanan secara komprehensif.

Program yang juga Inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) KPT-CAP (Career Advancement Programme) adalah di antara usaha kerajaan menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19.

GEMS turut dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Peminjam PTPTN yang bergraduat dalam bidang Sastera bagi tahun 2019 dan 2020 sahaja.

Berikut dikongsikan beberapa info mengenai Program GEMS.

Bac juga : Cara Dapatkan Diskaun PTPTN Guna Aplikasi Shopee

Tawaran Latihan Program GEMS

Berikut adalah tawaran yang diberikan melalui Program GEMS :

  • Diberikan modul latihan kepada setiap peserta.
  • Diberikan latihan komprehensif secara dalam talian oleh pensyarah UMK selama 16 hari sebelum memasarkan produk Simpan SSPN Plus
  • Akan diseliakan oleh seorang mentor yang terdiri daripada pegawai PTPTN

Nota : Modul latihan yang diberikan melalui program ini dapat membantu peminjamnya mempraktikkan ilmu keusahawanan, sekali gus berupaya menjana pendapatan sendiri.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kelebihan Program

Antara kelebihan yang bakal diperoleh peserta program GEMS adalah :

  • Elaun bulanan sepanjang tempoh 12 bulan
  • Perlindungan takaful berkelompok percuma (untuk tempoh 12 bulan)
  • Berpeluang menerima komisen atas jualan produk yang berjaya
  • Tiada modal perniagaan
  • Waktu kerja yang fleksibel
  • Dapat sokongan pemasaran berterusan melalui latihan dan bimbingan.
  • Sijil penyertaan boleh digunakan bagi memohon pengecualian jam kredit (microcredential) untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di UMK
  • Pasaran yang luas tanpa sempadan,
  • Tidak membabitkan transaksi tunai
  • Produk simpan SSPN Plus yang patuh syariah

Syarat Penyertaan

Untuk penyertaan, PTPTN sudah mengenalpasti peminjam yang layak sebagai peserta GEMS berdasarkan syarat yang ditetapkan.

Semakan Tawaran Kelayakan

Peserta GEMS akan menerima tawaran menerusi e-mel mulai 1 Jun dan perlu mengemas kini maklumat diri serta menjalani ujian psikometrik selewat-lewatnya 19 Jun 2022.

Manakala bagi peminjam yang bergraduat dalam bidang Sastera tahun 2019 dan 2020 tetapi tidak menerima tawaran melalui e-mel, anda boleh membuat semakan kelayakan di pautan https://www.ptptn.gov.my/program-gems/  bermula 1 Jun 2022 sehingga 19 Jun 2022.

PTPTN berharap program ini dapat memberi ruang dan peluang kepada peminjam PTPTN untuk terus maju, berdaya saing dan mempunyai pendapatan yang baik ketika berdepan dengan kesukaran ekonomi ketika ini.

Bac juga : Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP 2022): Semak Status Permohonan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.