Advertisements

[email protected] Sesi Mei 2022: Bantu Graduan Jadi Usahawan

Advertisements

[email protected] adalah program Pinjaman Mikro Kredit oleh Kerajaan Negeri kepada Usahawan graduan Anak Perak bagi mengembangkan perniagaan.

Ia merupakan satu inisiatif kerajaan negeri bagi menangani cabaran kepolehpasaran graduan serta mengurangkan kadar penggangguran di kalangan belia.

Dengan program ini, graduan yang terpilih akan menerima pembiayaan serta bimbingan nasihat dan latihan dalam keusahawanan.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Program PENJANA KPT-CAP.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Program [email protected] bagi graduan yang berminat.

Manfaat Program [email protected]

Berikut merupakan manfaat yang bakal diterima oleh graduan yang terpilih dalam program ini:

  • Latihan Keusahawanan Bersijil selama 15 hari
  • Pinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5000
  • Sesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan

Baca juga: Cara Mohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Negeri Perak 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakn bagi graduan yang berminat:

  • Graduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta (Berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi), Politeknik dan Kolej Komuniti dari tahun 2019 – 2021 sahaja (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja).
  • Pemohon yang menetap atau bermastautin di Negeri Perak.
  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  • Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia.
  • Graduan yang berminat untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan digalakkan memohon.

Tarikh Tutup Permohonan

Calon yang berminat boleh kemukakan pendaftaran secara atas talian sehingga 19 Mei pada jam 5 petang. Pemohonanan adalah terhad kepada 50 orang terawal sahaja!

Tarikh & Tempat Program

Program ini akan berlangsung di Hotel Scholar Suites, UPSI, Tanjung Malik pada 24 Mei 2022 sehingga 29 Mei 2022.

Cara Memohon

Pendaftaran Program [email protected] boleh dimohon secara atas talian di pautan rasmi Permohonan [email protected]k.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program [email protected], sila layari laman Facebook [email protected] atau hubungi:

  • Dr Sharul Effendy Janudin (UPSI) – 0122118608
  • Yayasan Perak – 05-2460227
  • PASAK – 018-297 4725

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements