Advertisements

Tawaran Program Khas Biasiswa Sagong Tasi Negeri Selangor

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Negeri selangor telah menawarkan Biasiswa Sagong Tasi khas untuk pelajar Orang Asli yang menuntut di IPT.

Program Khas Biasiswa Sagong Tasi adalah untuk anak Selangor yang belajar di IPT yang terpilih dan berpendapatan rendah.

Sebagai komitmen tambahan dalam menyokong masyarakat Orang Asal, permohonan ini juga akan dibuka sepanjang tahun.

Ini kerana Kerajaan Negeri sangat menghargai sumbangan komuniti ini kepada kemakmuran negeri dan berharap agar inisiatif ini akan membawa kebaikan dan meringankan beban kepada pelajar Orang Asli.

Disini dikongsikan maklumat lanjut mengenai Program Khas Biasiswa Sagong Tasi Negeri Selangor 2022.

Baca juga : Permohonan Bantuan Zakat UniSZA 2022 Kini Dibuka

IPT Yang Terpilih

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Program Khas Biasiswa Sagong Tasi bagi mengikuti pengajian di :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Universiti Teknologi Mara (Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana dan Sungai Buloh)
  2. Universiti Islam Antarabangsa (Gombak)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi)
  4. Universiti Putra Malaysia (Serdang)
  5. Universiti Selangor (UNISEL)
  6. Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
  7. Kolej Antarabangsa INPENS.

Kadar Pembiayaan Biasiswa

Terdapat dua jenis kadar pembiayaan biasiswa iaitu:

1. Yuran Pengajian

  • Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti. 

2. Elaun Sara Diri

  • Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor atau ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
  • Pemohon telah mendaftar pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPT berkenaan.
  • Pemohon yang belum menerima sebarang pinjaman/ biasiswa/ bantuan kewangan dari lain-lain penaja.
  • Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.
  • Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.

 Nota: Pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon.

Tatacara Permohonan

Permohonan adalah secara atas talian sahaja dan ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  • Layari laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di pautan berikut  https://danapendidikan.selangor.gov.my/login
  • Sila isi borang permohonan dengan lengkap dan tepat.
  • Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  • Hanya pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Biasiswa.
  • Panggilan sesi temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak melalui laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di https://danapendidikan.selangor.gov.my/login

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web berikut https://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/biasiswa-sagong-tasi

Baca juga : iBantuan Terengganu Bagi Ibu Tunggal, OKU Dan Pence Rakyat Secara One-Off

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.