Advertisements

Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia MAIDAM

Advertisements

Berita baik bagi golongan asnaf kerana MAIDAM ingin menaja anak-anak asnaf yang berminat untuk menyertai Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia.

Program tajaan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak asnaf yang kurang berjaya dalam akademik untuk terus berdayasaing dan meningkatkan kebolehpasaran mereka di alam pekerjaan.

Melalui program ini, anak-anak asnaf akan dilatih untuk menguasai bidang-bidang kemahiran dan membina jati diri anak-anak asnaf agar berusaha untuk mengubah nasib keluarga mereka kepada yang lebih baik.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program ini.

Program Yang Ditawarkan

Untuk makluman, program yang ditawarkan adalah Scaffolding Erection dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Timur).

Manfaat Dan Faedah Program

Peserta yang menyerta program ini bakal memperoleh manfaat seperti berikut:

  • Pengajian yang selama 4 bulan
  • Program ditanggung sepenuhnya oleh MAIDAM
  • Elain bulanan diberikan
  • Penginapan disediakan
  • Makan dan minum ditanggung sepenuhnya
  • Peserta bakal diberikan kad hijau/OGSP

Baca juga: Cara Mohon Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk menyertai program ini:

  • Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
  • Merupakan rakyat negeri Terengganu
  • Berumur antara 18 hingga 35 tahun
  • Mempunyai kelulusan SPM atau pengajian peringkat Menengah
  • Sihat tubuh badan

Cara Memohon Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia

Bagi anda yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan di atas, permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di pautan berikut :

https://ypmaidam.my/2022/06/22/bantuan-anak-asnaf/

Borang permohonan hendaklah dicetak dan dokumen lengkap dihantar ke pejabat YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM beralamat di :

LOT 9 & 10, TINGKAT 1, BAZAR MAIDAM,
JALAN MASJID ABIDIN,
20100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

Nota : Calon akan dipilih dan disaring melalui proses temuduga.

Baca juga: Tawaran Geran Perniagaan Usahawan Belia Sehingga RM5,000

Tarikh Kemasukan Program

Untuk makluman, program ini akan bermula pada 23 Oktober 2022

Tarikh Tutup Permohonan

Bagi anda yang berminat untuk menyertai program ini, sila kemukan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 11 Oktober 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia MAIDAM ini, sila hubungi talian 09-6223500 / 09-6225600 / 011-26612500 atau emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.