Advertisements

Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme

Advertisements

Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia kini dibuka untuk permohonan bagi golongan belia Autisme.

Program ini merupakan inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menawarkan latihan kemahiran pada semua golongan belia secara inklusiviti tanpa meminggirkan golongan Orang Kurang Upaya.

Program ini bakal berlangsung di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bagi melahirkan tenaga mahir negara dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi sama ada dari sudut kemahiran, pengetahuan dan sahsiah bagi membangunkan modal insan yang baik untuk masa depan negara.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia ini.

Program Latihan Yang Ditawarkan

Terdapat dua program yang ditawarkan iaitu :

1 – Conejo [email protected] (Program Cafe Management)

Program latihan kemahiran dalam bidang cafe dan makanan. Antara modul utama ialah Pengoperasian Cafe dan Standard Prosedur Operasi cafe dan pembangunan produk.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Lokasi Program : IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang

2 – [email protected] (Program Merchandise)

Bidang latihan bagi penghasilan cenderamata. Antara modul utama ialah penghasilan cenderamata seperti mug, t-shirt, jam, plate, key chain, dan design (AI).

Lokasi Program : IKBN Kuala Selangor, Selangor

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia ini perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 17 hingga 30 tahun.
  3. Terdiri daripada Autisme kategori Mild dan Hi Functioning sahaja.
  4. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  5. Boleh berdikari dan lulus temu duga.

Cara Memohon

Calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh membuat permohona menerusi langkah-langkah di bawah:

  1. Layari pautan Pendaftaran ILKBS.
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Pilih kursus kemahiran yang ingin diambil.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Ogos 2022.

Baca juga: Program Pembangunan Profesional 2022 (Pro-P) MARA

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme), sila hubungi :

  • Puan Maizun: 04-522 5288
  • En Basirul: 03-3180 1670
  • Puan Hanita: 03-8871 37701

atau emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.