Advertisements

Program Latihan Untuk Siswazah Pengambilan Oktober 2022

Advertisements

Yayasan Peneraju Bumiputera Malaysia kini membuka menawarkan program Latihan Untuk Siswazah terutamanya kepada lepasan Diploma dan Ijazah yang masih belum mendapatkan pekerjaan.

Program ini adalah kerjasama bersama Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) yang bertujuan untuk membantu graduan memperolehi kemahiran serta pensijilan yang diperlukan oleh industri bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dalam bidang-bidang yang dikenalpasti.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenari Program Latihan Untuk Siswazah ini.

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus dan latihan yang ditawarkan di dalam program Latihan Untuk Siswazah ini adalah seperti berikut :

  • ECP Mechatronics (PLC Technology)
  • ECP PLC

Tajaan Yang Diberikan

Graduan yang terpilih akan mendapat tajaan seperti di bawah:

  • Ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia
  • Kemudahan asrama dan pengangkutan disediakan
  • Peluang menimba pengalaman dengan sektor industri
  • Makan dan minum disediakan sepanjang pengajian
  • Latihan diiktiraf serta berkaitan dengan sektor industri
  • Jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian
  • Elaun RM 500 sebulan sepanjang pengajian

Syarat Kelayakan Permohonan

Graduan yang berminat untuk memohon program Latihan Untuk Siswazah ini mestilah memenuhi syarat kelayakan permohonan seperti di bawah:

  • Calon merupakan Bumiputera Warganegara (Lepasan Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan / Teknologi dengan pencapaian PNGK minimum 2.50)
  • Berumur antara 21 hingga 24 tahun semasa memohon
  • Tidak melebihi tempoh 3 tahun selepas bergraduasi.
  • Calon tidak bekerja semasa dalam tempoh permohonan

Baca juga: Tawaran program PROTEGE Sime Darby Pengambilan 2022/2023

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Graduan yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh menghantar permohonan melalui pegawai bertugas di talian Whatsapp berikut:

http://www.wasap.my/60136732766/PLUS

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program Latihan Untuk Siswazah ini, sila hubungi Puan Huda di talian +6013-6732766 atau hantarkan emel ke [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.