Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mempelawa graduan lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Timur Tengah dan tempatan sesi 2020/2021 dan 2022 untuk menyertai Program Pelatih Skim Latihan Singkat MAINS (PSLK MAINS).
Bagi graduan yang berminat untuk sertai program PSLK ini, di sini dikongsikan info lanjut mengenai Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan (PSLK MAINS).
Baca juga : Permohonan Program Sarjana Muda USIM Mod Kemasukan B40
Tarikh Permohonan
Permohonan Program Pelatih Skim Latihan Singkat boleh dibuat secara atas talian mulai 2 Ogos 2022 (Selasa) hingga 15 Ogos 2022 (Isnin).

Jenis Tawaran Latihan
Berikut merupakan beberapa jenis latihan yang ditawarkan menerusi PSLK MAINS seperti:
- Zakat
- Wakaf
- Kaunseling
- Ekonomi
- Kewangan
- Ukur Bahan
- Pentadbiran dan Sumber Manusia
- Khidmat Pelanggan
- Teknologi Maklumat
- Multimedia
- Media Baharu
- Korporat
- Pengurus Mal (Harta Orang Awam)
Tempoh Dan Kemudahan
Pemohon yang berjaya menyertai PSLK ini akan menjalani latihan secara kontrak selama 12 bulan di MAINS dan akan ditawarkan dengan beberapa kemudahan seperti:
- Bayaran RM1,500.00 sebulan bagi Ijazah Sarjana Muda
- Bayaran RM1,200.00 sebulan bagi Diploma.
- Caruman KWSP dan PERKSEO.
- Tuntutan kerja lebih masa, elaun perjalanan, dan lain-lain faedah yang berkaitan.
Syarat Permohonan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang disediakan seperti berikut:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Warganegara Malaysia
- Keutamaan kepada anak-anak Negeri Sembilan
- Sihat tubuh badan
- Berkemahiran menggunakan komputer
- Bertanggungjawab serta berfikiran terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat
Cara Permohonan
Bagi pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai program ini, boleh ikuti cara-cara permohonan seperti berikut:
- Sila layari laman sesawang di pautan https://www.mains.gov.my/eskimLS/public/
- Tekan butang “Program Pelatih Skim Latihan Khas MAINS 3.0”
- Tekan butang “Klik Di Sini Untuk Memohon.”
- Tekan butang “Daftar Baru.”
- Lengkapkan maklumat dengan lengkap
- Tekan butang “Sign Up.”
- Isi no. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan.
- Lengkapkan permohonan sehingga selesai.
Info Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai PSLK MAINS, sila layari laman web MAINS di pautan https://www.mains.gov.my/.
Baca juga : Permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM