Advertisements

Program Pembiayaan Mikro-i Untuk Penjaja Dan Peniaga Kecil Bank Rakyat

Advertisements

Bank Rakyat mempelawa penjaja dan peniaga kecil untuk memohon pembiayaan melalui Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0).

Tawaran ini eksklusif untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Program ini bertujuan untuk membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing semasa Pasca Pandemik COVID-19.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program Pembiayaan Mikro-i Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil ini.

Kelebihan Pembiayaan Mikro-i

Antara kelebihan yang bakal diperolehi oleh mereka yang layak adalah seperti berikut:

PekaraPenerangan
Jumlah PembiayaanRM1,000 – RM10,000
Tempoh PembiayaanSehingga 5 tahun
MoratoriumSehingga 1 tahun (12 bulan)
Kadar Keuntungan0%

Syarat Kelayakan

Peniaga yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 – 60 tahun
  • Terbuka kepada individu
  • Penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan perniagaan dalam talian
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bagi pelanggan informal, surat pengesahan berniaga daripada ketua komuniti perlu diperolehi
  • Aktiviti perniagaan mestilah patuh Shariah

Baca juga: i-Bermusim Selangor: Pinjaman Peniaga India Sempena Deepavali

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon Pembiayaan Mikro-i

Peniaga yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan MPPK 2.0 dengan menghubungi Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau hantarkan emel ke [email protected].

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Hotline Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau layari https://qr2e.bankrakyat.com.my

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.