Advertisements

Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz AgroBank

Advertisements

Kepada pengusaha perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah (home-based) kini anda boleh mendapatkan bantuan pembiayaan menerusi Pembiayaan PEMULIH NewBiz AgroBank.

Program pembiayaan ini ditawarkan kepada individu (yang terkesan dengan dengan ekonomi semasa) bagi tujuan memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan seperti berikut

  1. Pengedaran dan penghantaran makanan melalui platform e-hailing seperti Food Panda, Grab Food dan seumpama dengannya;
  2. Menjalankan aktiviti perniagaan secara home-based yang melibatkan aktiviti seperti berikut:
    • Pengedaran dan penghantaran makanan termasuk pembelian bahan mentah, mesin dan pembelian motorsikal yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti tersebut.
    • Pemprosesan dan penyediaan makanan atau bahan asas bagi menyediakan makanan sebelum dihantar ke tapak atau mana-mana premis perniagaan yang dibenarkan.
    • Menjalankan aktiviti perniagaan di gerai yang berlesen seperti gerai burger atau mana-mana yang seumpama dengannya.

Kadar Pembiayaan PEMULIH Newbiz

Pembiayaan PEMULIH NewBiz adalah secara berperingkat (Step up Financing) seperti berikut :

Peringkat Pertama : sehingga RM5,000.00

Selepas 12 bulan dari tarikh pengeluaran kemudahan pembiayaan peringkat kedua, pelanggan layak untuk memperolehi mana-mana kemudahan pembiayaan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Peringkat Kedua : Sehingga RM10,000.00

Kadar pembiayaan adalah mengambil kira baki kemudahan pembiayaan pada peringkat pertama

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Selepas tempoh 12 bulan dari tarikh kemudahan pembiayaan peringkat pertama dikeluarkan.

Bagi pembiayaan peringkat kedua, terma dan kredit adalah dirujuk kepada PEMULIH Mikro Kredit.

Tempoh Pembiayaan

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun

Baca juga: Tawaran Promosi Pakej Penulisan Wasiat Agro Bank Ahli PPK

Kadar Keuntungan

kadar keuntungan yang akan diambil adalah sebanyak 0% dalam tempoh enam (6) bulan pertama (iaitu dalam tempoh moratorium) dan bulan ke-7 dan seterusnya kadar keuntungan dikenakan pada kadar 3% setahun;

Pengiraan keuntungan adalah berdasarkan baki bulanan.

Tempoh Moratorium

Tempoh moratorium adalah sehingga 60 bulan termasuk enam (6) bulan.

  • Moratorium hanya layak bagi kemudahan pembiayaan peringkat pertama sahaja.
  • Tempoh minimum pembiayaan adalah 12 bulan termasuk tempoh moratorium.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembiayaan PEMULIH NewBiz Agrobank ini sila layari laman web AgroBank atau emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.