Advertisements

Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSEL) 2022

Advertisements

Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.

Atas kepentingan itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor. Tujuan utamanya adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.

Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita Selangor ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas. Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor

Syarat Kelayakan Permohonan MammoSEL

Berikut merupakan syarat kelayakan MammoSEL:

  1. Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas; DAN
  2. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor; DAN
  3. Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
  4. Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)    *Pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pengesah yang dibenarkan dan berdekatan dengan tempat tinggal sahaja    **Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk cop pengesahan adalah seperti berikut:
    1.  Ahli Parlimen Selangor
    2.  ADUN Selangor
    3.  Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
    4.  Penghulu/Ketua Kampung
    5.  Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
    6.  Ketua Komuniti/Nazir Masjid
  5. Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan mammogram terlebih dahulu
  6. Pemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalani apabila peserta mendapatkan rekomendasi oleh pihak doktor/pakar perubatan sahaja

Baca juga: Permohonan Bantuan Sihat Selangor 2022 Secara Online

Cara Mohon MammoSEL

Bagi mereka yang layak boleh mendaftar melalui portal pendaftaran di bawah:

Pendaftaran MammoSEL

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Alir Proses Pendaftaran

Berikut merupakan proses pendaftaran MammoSEL

  1. Daftar online di skw.yawas.my
  2. Hantar dokumen ke Pejabat YAWAS
  3. Semakan permohonan
  4. Lulus
  5. Hadir untuk program Mammogram

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.