Prograam Protege MAIWP merupakan satu initiatif yang diwujudkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu graduan asnaf yang masih belum mendapat pekerjaan.
Program ini bertujuan mempersiapkan golongan asnaf dengan ilmu, kemahiran serta pengalaman kerja yang bermanfaat bagi meningkatkan potensi diri serta peluang kebolehpasaran mereka dalam alam pekerjaan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Program Protege MAIWP.
Syarat-Syarat Program Protege MAIWP
Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh mereka yang berminat untuk memohon Program Protege MAIWP.
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia
- Pemohon berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan.
- Pemohon sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
- Pemohon ialah graduan lepasan IPTA/IPTS/Luar Negara.
- Pemohon ialah golongan asnaf menerusi kiraan had kifayah.
Keutamaan permohonan bagi program ini akan diberikan kepada pemohon yang :
- Menerima biasiswa MAIWP ; atau
- Penerima Bantuan Pelajaran MAIWP
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka bermula 1 Mei 2022 hingga 14 Mei 2022.
Baca juga: Bantuan Musim Tengkujuh Pekebun Kecil 2022
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut :
- Layari pautan Permohonan Program Protege MAIWP.
- Isikan maklumat permohonan dengan lengkap.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar.
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan:
- Salinan sijil akademik tertinggi.
- Cetakan had kifayah yang boleh dicetak menerusi pautan berikut : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kalkulator1.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenari program Protege MAIWP, sila layari laman rasmi MAIWP.