Advertisements

Program PROTEGE Maybank 2022 Untuk Graduan Ijazah Sarjana Muda

Advertisements

Program PROTEGE Maybank 2022 merupakan satu program tahunan Maybank (Ready To Work) ditawarkan kepada para graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perbankan, perakaunan dan kewangan.

Program dibangunkan khas oleh Korporat Kumpulan Maybank selaras dengan inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.

Di bawah program PROTEGE Maybank ini pelajar yang terpilih akan menjalani latihan selama lapan bulan di tempat kerja di dalam unit perniagaan Maybank Group di seluruh negara.

Ianya adalah bertujuan bagi mendedahkan graduan baru pada alam pekerjaan sebenar dan meningkatkan kebolehpasaran kerja.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program PROTEGE Maybank ini.

Kelebihan Program PROTEGE Maybank

Peserta program ini bakal diberikan manfaat seperti berikut :

  • Elaun bulanan sebanyak RM 2,000
  • Rawatan pergigian
  • Perubatan
  • Pinjaman
  • Kemudahan sukan (contoh : gimnasium)
  • Sokongan pendidikan
  • Waktu bekerja seperti biasa (Isnin-Jumaat)

Bidang Pekerjaan

Berikut merupakan bidang khusus yang ditawarkan kepada graduan di dalam program PROTEGE Maybank ini:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Accounting
  • Finance
  • Banking/Financial

Baca juga: Young Talent Program 2022 Agro Bank, Tawar Peluang Latihan Dan Kerjaya

Syarat Kelayakan

Calon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Program terbuka kepada semua graduan baru dengan kelayakan minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan
  • Telah menganggur dan masih tidak mendapat pekerjaan
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik
  • Mempunyai kemampuan untuk berfikir ke hadapan berdasarkan hasil, motivasi diri serta bersemangat
  • Berminat untuk pembelajaran berterusan dan peningkatan kemahiran diri.

Cara Memohon Program PROTEGE Maybank

Graduan yang berminat boleh menghantar permohonan secara atas talian di portal Permohonan PROTEGE Maybank ini.

Tempoh Permohonan

Untuk makluman, tempoh permohonan bagi pengambilan PROTEGE Maybank dibuka sehingga 12 Januari 2023.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari pautan PROTEGE Maybank.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.