Advertisements

Permohonan Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022

Advertisements

Para penternak yang memerlukan bantuan untuk meningkatkan pendapatan mereka, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah membuka permohonan bantuan bagi penternak di bawah Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022.

Program Rezeki Ternak Ruminan dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.

Dengan pelaksanaan program ini, para penternak diharap dapat meningkatkan pengeluaran ruminan negara dan dapat meningkatkan pendapatan mereka.

Oleh itu, permohonan Program Rezeki Ternak Ruminan ini dibuka bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2021.

Sasaran Program

Menerusi program ini, para penternak perlu mencapai KPI atau sasaran prestasi keseluruhan ladang seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian Pelaksanaan Program Rezeki Ternak yang perlu ditandatangani oleh peserta.

Skop Bantuan

Skop bantuan yang diberikan menerusi program ini adalah dalam bentuk bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri, dan kambing tenusu) dengan konsep geran padanan 10:90.

Selain itu, bantuan input penternakan, peralatan, dan pembaikan kandang/reban juga diberikan menerusi program ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang diperlu dipenuhi oleh para pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
  2. Pemohon hendaklah penternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
  3. Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% daripada nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan).
  4. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun dan masih aktif beroperasi.
  5. Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai.
  6. Pemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi/jabatan lain dan pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

1. Imbas Kod QR di bawah untuk mendapatkan borang permohonan.

2. Muat turun dan isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
3. Hantar borang permohonan yang lengkap ke pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan pihak urusetia program melalui talian 03-88702406/03-88702421 atau layari laman web http://www.dvs.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.