Advertisements

Program Roda Darul Ehsan (RiDE) 2022 – Subsidi Lesen Motosikal RM350

Advertisements

Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang dilancarkan sejak tahun 2020 kini diteruskan lagi khusus kepada anak muda di Selangor

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk RM2 juta untuk meneruskan inisiatif RiDE susulan permohonan memberangsangkan dalam kalangan belia penghantar makanan.

Pada tahun 2020, sebanyak RM350 subsidi diberikan untuk mendapatkan lesen motosikal B2 dan kit penghantaran makanan bernilai RM150.

Tawaran yang sama bakal diberikan kepada pemohon iaitu subsidi lesen motosikal, kursus dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Perkara tersebut diumumkan oleh EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman selepas majlis pelancaran Selangor Mega Job Fair dan selangorjobportal.com.my.

Syarat Kelayakan RiDE

Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh individu berminat untuk memohon RiDE:

  1. Inisiatif ini terbuka kepada anak jati Negeri Selangor atau telah bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.
  2. Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 30 tahun sahaja.
  3. Permohonan hanya layak bagi Lesen Tunggal sahaja iaitu peserta tidak mempunyai sebarang jenis lesen memandu kenderaan bermotor, pelupusan dan tamat tempoh. Permohon mestilah menamatkan sesi latihan dan ujian memandu bagi Lesen Memandu B2 terlebih dahulu dalam tempoh Januari hingga Disember 2020 sebelum membuat permohonan.
  4. Bagi pemohon yang bekerja, pendapatan hendaklah tidak melebihi daripada RM2,000.00 sebulan.
  5. Permohonan mestilah mendapat pengesahan bermastautin lokaliti kawasan masing-masing.

Cara Mohon RiDE

Individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Muat turun borang permohonan RiDE.
  2. Isi dan lengkapkan borang permohonan tersebut.
  3. Kemudian, borang permohonan tersebut mesti disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri/Penyelaras DUN/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk di Negeri Selangor sahaja.
  4. Borang permohonan tersebut perlulah dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan beserta dokumen ke alamat berikut:

    Urusetia
    Program Inisiatif Roda Darul Ehsan,
    d/a Majlis Sukan Negeri Selangor,
    Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
    Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Proses Permohonan RiDE

Berikut merupakan proses atau carta alir permohonan RiDE

  1. Borang permohonan yang telah lengkap akan diproses oleh pihak urusetia dalam tempoh 14 hari bekerja.
  2. Setiap permohonan yang dihantar melalui proses semakan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  3. Selepas proses permohonan diluluskan, pihak Urusetia akan menghubungi pemohon bagi memaklumkan status permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai inisiatif RiDE ini, anda boleh menghubungi Majlis Sukan Negeri Selangor di talian 03-55109063/03-55196380 atau emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.