Syarikat-syarikat di Malaysia kini boleh memohon subsidi saringan COVID-19 untuk pekerja mereka melalui Program Saringan Prihatin di bawah MyEG.
Untuk makluman, MYEG pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) yang membina, menjalankan, dan memiliki saluran dan aplikasi elektronik untuk membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia.
Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah, MYEG kini turut menawarkan satu lagi perkhidmatan iaitu saringan bersubsidi menerusi Program Saringan Prihatin.
Menerusi program ini, para pekerja yang mendaftar akan mendapat subsidi bernilai RM150 seorang bagi setiap ujian saringan diadakan.

Selepas saringan dilakukan, para pekerja akan menerima sijil digital daripada MYEG dalam bentuk kod QR dinamik berwarna pada aplikasi mudah alih yang menunjukkan status ujian mereka bagi tujuan pengesahan.
Sijil digital tersebut diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Kerja sebagai rekod bukti ujian COVID-19.
Syarat Kelayakan Program Saringan Prihatin MyEG
Syarat-syarat kelayakan bagi pekerja yang layak untuk memohon Program Saringan Prihatin adalah seperti berikut:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Program ini terbuka kepada pekerja warganegara tempatan dan asing mereka.
- Pekerja tersebut mestilah mendapat perlindungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Cara Memohon
Permohonan bagi Program Saringan Prihatin ini perlu dibuat oleh pihak majikan syarikat terbabit.
Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web iaitu https://psp.myeg.com.my/PSPEMP/.
- Isi maklumat syarikat dengan betul.
- Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Bagi majikan yang telah membuat permohonan sebelum ini, sila masukkan no syarikat di bahagian atas borang permohonan dan klik butang ‘Check’ untuk membuat semakan.
Soalan Lazim
Kelebihannya ialah majikan tidak perlu membawa pekerja ke klinik untuk membuat saringan tetapi pihak MYEG akan pergi ke premis majikan (syarikat dengan lebih daripada 50 pekerja yang layak) untuk melakukan saringan. Bagi syarikat dengan jumlah kurang daripada 50 pekerja yang layak, terdapat caj perjalanan berasingan dikenakan mengikut lokasi.
Saringan COVID-19 adalah ujian antigen yang memerlukan swab dilakukan. Sampel tersebut akan dihantar ke makmal untuk mendapatkan keputusan.
Setelah para majikan menyelesaikan proses pendaftaran, mereka boleh membuat janji temu untuk pekerja mereka. Klinik bergerak MYEG akan mengaturkan pasukan perubatan untuk pergi ke premis majikan untuk melakukan saringan.
Saringan akan dilakukan oleh pengamal perubatan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ya, para pekerja masih boleh menjalani saringan namun akan dikenakan bayaran RM150 sebelum janji temu saringan.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Saringan Prihatin boleh dilakukan dengan menghubungi MYEG di talian 03-7801 8888.