Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) kini diteruskan lagi dan sehingga kini telah masuk siri ke 3.
Program ini adalah satu program dalam menggalakkan rakyat Malaysia membeli cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
Menerusi program ini, mereka yang membeli barangan eletrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) boleh menikmati rebat sebanyak RM400.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merupakan Kementerian yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan SAVE 3.0 dan SEDA Malaysia telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana dengan sokongan Suruhanjaya Tenaga (ST).
Objektif utama Program SAVE 3.0 adalah seperti berikut:
- Menambah jumlah lima (5) dan empat (4) bintang peralatan elektrik cekap tenaga dan peralatan cekap tenaga di pasaran; dan
- Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:
- Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
- Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
- Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
- Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
Rujuk syarat kelayakan dalam jadual di bawah:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
PENGGUNA AKAUN ELEKTRIK DOMESTIK BERDAFTAR | SAVE 2.0 (2021) | SAVE 3.0 KATEGORI 1 | SAVE 3.0 KATEGORI 2 |
---|---|---|---|
Peralatan Elektrik | Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; | Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; | Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi. |
PENGGUNA A | Telah menebus SAVE 2.0 e-Rebate pada 2021 | x | / |
PENGGUNA B | Tidak menebus SAVE 2.0 e-Rebate pada 2021 | / | / |
PENGGUNA C | Tidak menebus SAVE 2.0 e-Rebate pada 2021 | Telah menebus SAVE 3.0 e-Rebate pada early 2022 | / (Masih boleh menebus Kategori 2 pada bila-bila masa dalam tahun 2022) |
PENGGUNA D | Tidak menebus SAVE 2.0 e-Rebate pada 2021 | / (Masih boleh menebus SAVE 3.0 Kategori 1 apada bila-bila masa dalam tahun 2022) | Telah menebus SAVE 3.0 e-Rebate pada awal 2022 |
Kadar Baucar / Rebat SAVE 3.0
Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.
Kategori 1 : Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan
Kategori 2 : Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.

Cara Tebus e-Rebat Di Platform e-Dagang
Anda boleh menebus e-Rebat atau baucer SAVE 3.0 ini di platform online atau kedai elektrik berdaftar secara manual.
LANGKAH 1
Buat carian SAVE 3.0 di laman e-dagang.
LANGKAH 2
Hantar mesej kepada penjual yang akan bantu anda mohon baucar SAVE_3.0.
LANGKAH 3
Sebaik diluluskan, penjual akan hantar kepada anda kod baucar.
LANGKAH 4
Ketika daftar keluar, masukkan kod baucar yang diberikan.

Untuk maklumat lanjut, layari:
- Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
- Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
- PG Mall : https://www.pgmall.my/
- Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)
Tempoh Penebusan
Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2022 hingga Disember 2022.
Baca juga: JUMPER PUNB 2022: Program Latihan Keusahawanan Graduan
Maklumat Lanjut
Special Team for the SAVE 3.0 Program
Technical Development and Facilities Division
SEDA Malaysia
03-8870 5800
[email protected]
www.saveenergy.gov.my