Advertisements

Program Sijil Veterinar Malaysia Kemasukan Sesi 2023

Advertisements

Program Sijil Veterinar Malaysia bagi tahun 2023 kini mula dibuka untuk permohonan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia.

Melalui program ini, Sijil Veterinar akan dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia yang mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak.

Institut Veterinar Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Persekutuan melalui Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya.

Institut ini telah ditubuhkan sejak tahun 1974 dengan tujuan melengkapkan para pegawai Jabatan dan juga penternak dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan.

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai program ini.

Objektif Program

Antara objektif program ini adalah untuk:

  1. Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai prinsip-prinsip dan teknik-teknik pengurusan, pemakanan, pembiakan dan kawalan penyakit lazim bagi semua jenis ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, khinzir, ayam, itik, arnab, kuda, anjing dan kucing;
  2. Membina dan mempertingkatkan kemahiran manipulatif di dalam pengurusan sistem pengeluaran ternakan moden yang cekap dan produktif;
  3. Melatih menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi bagi merancang, mengurus dan melaksanakan program-program pengeluaran dan kawalan penyakit ternakan supaya produk yang dihasilkan seperti daging, susu dan telur, adalah bermutu dan selamat untuk dimakan;
  4. Memberi pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran di dalam kaedah-kaedah pengembangan dan komunikasi supaya pemindahan teknologi dan penyampaian maklumat kepada pelanggan akan lebih berkesan; dan
  5. Melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan mengenai pengurusan pejabat, kewangan dan perundangan serta penguat kuasa yang berdasarkan Akta Binatang, 1953 (Akta 647) (Pindaan 2006) dan undang-undang semasa.

Kelebihan Program

Pelatih lepasan Institut Veterinar Malaysia berpeluang untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan ternak.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pelatih juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta. Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:
•        Perladangan
•        Pemprosesan
•        Agro Pelancongan

Struktur Pengajian

Pelajar diberi kuliah teori dan amali berjumlah 64 jam kredit atas subjek seperti di Jadual 1. Pelajar diberi latihan semua subjek ‘Teknikal’ dan ‘Industri’ secara terperinci supaya dapat melengkapkan diri mereka ke arah menjadi seorang usahawan selepas tamat latihan sekiranya tidak bekerja dengan agensi Kerajaan atau swasta. Subjek ‘Am’ dan ‘Industri’ juga diberikan supaya pelajar boleh menjadi seorang yang dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara sistematik untuk menjayakan program penternakan dengan berkesan.

Dihujung semester 4, pelajar perlu menjalankan program latihan ladang di mana pelajar akan diberikan pendedahan kepada pengurusan ladang-ladang ternakan JPV dan swasta.

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  1. Warganegara Malaysia berumur di antara 19 hingga 25 tahun pada masa mendaftar kursus.
  2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia (Agroindustri Ternakan Ruminan/Agroindustri Poltri) dan;
  3. Wajib mendapat kepujian (Gred C/6C) dalam mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu;
    • Matematik;
    • Bahasa Inggeris;
  4. Dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C/6C) dalam satu mata pelajaran berikut:
    • Sains;
    • Biologi;
    • Kimia;
    • Sains Pertanian;
    • Sains Tambahan;
    • Pengurusan Ternakan Ruminan;
    • Pengurusan Ladang Ternakan Ruminan;
    • Pengurusan Makanan Ternakan;
    • Kesihatan Ternakan;
    • Pembiakan Ternakan;
    • Pengurusan Pastura dan Folder; atau
    • Pengurusan Hasil Ternakan Ruminan;
    • Penyelenggaraan Perumahan Ternakan Poltri
    • Pengawalan Makhluk Perosak dan Pembersihan Reban
    • Nyahkuman Reban dan Rawatan Air Minuman
    • Penyediaan Tempat Perindukan
    • Pengendalian Kemasukan Poltri Umur Sehari
    • Pengurusan Poltri Peringkat Didik
    • Pengurusan Poltri Peringkat Pembesaran
    • Pengendalian Pengeluaran Telur Sajian
    • Pengendalian Telur Tetasan
    • Operasi Pengeluaran Poltri Umur Sehari
    • Sanitasi dan Penyeliaan Operasi Penetasan
    • Pengendalian Operasi Biosekuriti Ladang Poltri
    • Pengurusan Sisa Buangan Ladang Poltri
  5. Belum berkahwin (kecuali untuk pegawai kerajaan);
  6. Sihat tubuh badan dan melepasi ujian pemeriksaan kesihatan.

Syarat-syarat khas bagi kakitangan Kerajaan:

  1. Berumur tidak melebihi 45 tahun semasa mendaftar masuk;
  2. Pembantu Veterinar Gred G19 dan telah disahkan jawatan;
  3. Mendapat pelepasan daripada Ketua Jabatan;
  4. Mencapai tahap Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% bagi tiga tahun Terkini;
  5. Peratus gaji bersih di dalam penyata gaji tidak kurang daripada 70%.

Tempoh Pengajian

Pengajian ini akan bermula pada Julai 2023 dan mengambil masa selama 2 tahun bersamaan 4 semester.

Tempat Pengajian & Kemudahan

Tempat latihan dan kemudahan bagi pelaksanaan Sijil Veterinar Malaysia adalah bertempat di Institut Veterinar Malaysia, Kluang Johor.

Pelatih juga akan diberikan kemudahan dan elaun seperti di bawah:

  1. Tempat penginapan dan makanan disediakan.
  2. Elaun bulanan sebanyak RM 200.00 akan diberikan. (hanya kepada pelajar bukan daripada kakitangan DVS)

Cara Memohon

Pelajar yang berminat boleh memohon dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Memuat turun di laman web DVS; atau
  2. Dapatkan secara fizikal di:
    • Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar,
      Aras 2, Wisma Tani,
      Lot 4G1, Presint 4,
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
      62630 Putrajaya,
    • Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
  3. Hantarkan borang yang lengkap diisi ke alamat
    • Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan
      Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma Tani
      Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya. Atau;
    • Institut Veterinar Malaysia, Beg Berkunci 520, KM 13, Jalan Batu Pahat, 86009 Kluang, Johor.

Baca juga: Permohonan Projek Pertanian 2023 Negeri Kelantan

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2023.

Sekiranya tuan / puan layak untuk kemasukan, sesi temuduga akan dilaksanakan pada bulan Mac 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi di https://www.dvs.gov.my atau hubungi Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya DVS ditalian 03-8870 2000.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements