Program Technical Enrichment Energy Program (TEP) di INSTEP telah dibuka untuk permohonan bagi pelajar lepasan Diploma yang ingin memulakan karier dalam industri gas dan minyak.
Program pra-pekerjaan ini merupakan program di bawah PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. – Sarawak (SKA) bagi pelajar mendapat pengalaman dan kompetensi di dalam dunia pekerjaan sebenar.
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumiur antara 22 tahun hingga 30 tahun
- Pemegang Diploma dalam bidang Kejuruteraan/Sains daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di Malaysia
- Kredit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden. Prioriti akan diberikan kepada calon yang mengambil subjek Fizik, Kimia dan Sains semasa SPM
- Body Mass Index (BMI) kurang daripada 30, tidak rabun warna, sihat daripada segi fizikal untuk bekerja dalam bidang industri minyak dan gas
- Penglibatan aktif dalam sukan, mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
Bidang Yang Ditawarkan
Berikut merupakan bidang yang ditawarkan di Program Technical Enrichment Energy Program (TEP) ini:
- Operations Trade
- Production
- Maintenance Trade
- Electrical
- Instrumentation
- Mechanical
Cara Memohon
Pelajar yang berminat untuk mengikuti program Technical Enrichment Energy Program (TEP) boleh memohon melalui portal rasmi di bawah:
Permohonan Technical Enrichment Energy Program (TEP)
Pihak INSTEP berhak menolak sebarang permohonan yang tidak lengkap dan mempunyai unsur keraguan tanpa sebarang notis.

Baca juga: Young Talent Program 2022 Agro Bank, Tawar Peluang Latihan Dan Kerjaya
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Jun 2022 (Selasa) 11.59 malam.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui emel atau panggilan telefon untuk menghadiri temuduga.
Maklumat Lanjut
Sila layari laman web INSTEP dari untuk sebarang maklumat terkini mengenai program Technical Enrichment Energy Program (TEP).