Bagi pengguna yang penerbangan mereka ditunda atau dibatalkan, tahukah anda bahawa anda boleh membuat tuntutan pampasan sekiranya perkara tersebut berlaku?
Untuk pengetahuan, pengguna boleh membuat tuntutan pampasan sekiranya penerbangan mereka ditunda atau dibatalkan oleh syarikat penerbangan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
MAVCOM merupakan suruhanjaya yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 2016 di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771) sebagai satu entiti bebas yang bertanggungjawab untuk mengawal selia perkara ekonomi dan komersial berhubungan dengan industri penerbangan awam di Malaysia.
Ini adalah bagi memastikan industri penerbangan awam di Malaysia berdaya maju dari segi komersial, berorientasikan pengguna dan berdaya tahan, agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Tuntutan Pampasan
Tuntutan pampasan boleh dibuat oleh pengguna sekiranya berlaku keadaan berikut:
- Penerbangan ditunda 2 jam atau lebih
- Penerbangan ditunda 5 jam atau lebih
- Penerbangan dibatalkan
Bentuk Pampasan
Bentuk pampasan yang akan diterima oleh pengguna yang membuat tuntutan adalah seperti berikut:
i) Penerbangan ditunda 2 jam atau lebih
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Syarikat penerbangan mestilah menyediakan makanan serta memberikan pengguna kepada akses untuk panggilan telefon dan talian internet.
ii) Penerbangan ditunda 5 jam atau lebih
Syarikat penerbangan mestilah menyediakan penginapan dan pengangkutan jika diperlukan oleh para pengguna.
iii) Penerbangan dibatalkan
Syarikat penerbangan perlu mmebuat pembayaran balik tiket penerbangan secara penuh atau menawarkan penerbangan alternatif.
Pengecualian Pampasan
Syarikat penerbangan boleh meminta pengecualian pampasan hanya untuk keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.
Prosedur Tuntutan Pampasan
Tuntutan pampasan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web berikut iaitu https://flysmart.my/bm/buat-aduan/.
- Lengkapkan butiran berikut iaitu:
– Butiran peribadi
– Aduan kepada syarikat penerbangan atau lapangan terbang
– Jenis aduan
– Butiran penerbangan
– Bandar perlepasan dan ketibaan
– Rumusan aduan - Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Kemuka Aduan’ untuk menghantar tuntutan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan pampasan penerbangan, layari laman web MAVCOM iaitu https://www.mavcom.my/.