Advertisements

Protokol Am Pembukaan Semula Sempadan Negara Mulai 1 April

Advertisements

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengumumkan protokol am pembukaan semula sempadan negara bagi memastikan Malaysia sebagai destinasi selamat serta mengelakkan kesesakan di pintu masuk antarabangsa.

Ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022 apabila negara akan bergerak ke Fasa Peralihan ke Endemik.

Ini bermakna, kerajaan membenarkan rakyatnya atau pengembara untuk keluar dan masuk melalui sempadan negara tanpa halangan dan ini adalah tertakluk kepada SOP destinasi yang ingin dikunjungi.

Protokol Am Kemasukan Ke Malaysia

Protokol am yang perlu dipenuhi pengembara untuk memasuki Malaysia adalah seperti berikut:

i) Sebelum Berlepas

  • Pengembara dikehendaki memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera.
  • Pengembara dikehendaki melengkapkan deklarasi perjalanan termasuk maklumat vaksinasi yang boleh diakses melalui ikon ‘Traveller’ dalam MySejahtera.
  • Melaporkan dan muatnaik keputusan Ujian RT-PCR yang telah dilakukan 2 hari sebelum berlepas.
  • Manakala bagi pengembara yang pernah dijangkiti dalam tempoh 6 hingga 60 hari, mereka perlu melaporkan dan muatnaik keputusan RTK Antigen Profesional yang telah dilakukan 2 hari sebelum berlepas;
  • Bagi pengembara bukan warganegara, mereka juga dikehendaki untuk:
    – Mempunyai perlindungan pengembaraan) insuran (COVID-19).
    – Menyatakan alamat tempat penginapan di Malaysia.
  • Dengan penghantaran maklumat di atas, pengembara akan mendapat paparan berikut dalam aplikasi MySejahtera:
    – Kad Pengembara (Travellers Card) bagi pengembara dengan vaksin lengkap.
    – Arahan pengawasan dan pemerhatian (Home Surveillance Order) selama 5 hari bagi pengembara tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi.
  • Bagi pengembara yang tiada paparan kad pengembara atau arahan HSO, mereka tidak dibenarkan meneruskan perjalanan.

ii) Semasa Kemasukan

  • Pengembara akan melalui saringan demam dengan imbasan thermal scanner atau rujukan kendiri kepada petugas kesihatan sekiranya bergejala untuk pemeriksaan lanjut di kaunter kesihatan di PMA.
  • Pengembara yang tidak bergejala akan meneruskan perjalanan ke kaunter lmigresen untuk semakan lanjut.

iii) Selepas Kemasukan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Pengembara dikehendaki menjalani ujian RTK-Ag professional sama ada di fasiliti kesihatan swasta di PMA atau di luar PMA dalam tempoh 24 jam.
  • Keputusan ujian RTK-Ag akan diperolehi dalam aplikasi MySejahtera. Sekiranya keputusan ujian RTK-Ag profesional positif:
    – Pengembara dengan vaksin lengkap akan diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) selama 7 hari di tempat penginapan bagi kategori 1 dan 2. Namun, bagi kategori 3 dan ke atas, mereka perlu mendapatkan rawatan di PKRC atau hospital swasta.
    – Bagi pengembara yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi, mereka akan diberikan HSO selama 10 hari.
  • Sekiranya keputusan ujian RTK Antigen profesional negatif:
    – Pengembara dengan vaksin lengkap, mereka tidak perlu menjalani kuarantin.
  • Bagi pengembara yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi, mereka akan diberikan HSO selama 5 hari di tempat penginapan serta dikehendaki menjalani RT-PCR pada hari ke 4 atau RTK-Ag professional pada hari ke 5.
  • Sekiranya ujian sampel kedua COVID-19 didapati positif, mereka akan diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) selama 5 hari dari tarikh sampel kedua diambil. Sementara sekiranya keputusan COVID-19 negatif, mereka akan dilepaskan dari HSO.

Protokol Perjalanan Ke Singapura

Protokol khusus bagi semua pengembara yang melalui sempadan darat Malaysia-Republik Singapura adalah seperti berikut:

  • Pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, dibenarkan merentas sempadan darat antara Malaysia dan Singapura. Mereka juga tidak perlu:
    – Memohon kelulusan kemasukan
    – Menjalani kuarantin.
    – Melakukan pengujian COVID-19 sebelum berlepas.
    – Melakukan pengujian COVID-19 semasa ketibaan.
  • Semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 yang melalui sempadan udara Malaysia-Republik Singapura:
    – Hanya perlu melakukan pengujian COVID-19 dalam tempoh 2 hari sebelum berlepas.
    – Tidak perlu menjalani kuarantin dan melakukan pengujian COVID-19 semasa ketibaan.

Protokol Perjalanan Ke Thailand

Protokol perjalanan ke Thailand seperti yang diumumkan adalah seperti berikut:

  • Pada peringkat awal, hanya 2 pintu sempadan darat yang telah dipersetujui untuk dibuka bermula 1April 2022 iaitu Bukit Kayu Hitam­-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan.
  • Kerajaan Thailand hanya bersedia untuk menerima pengembara pelancongan sahaja. Manakala bagi pengembara harian dan kerap, perbincangan masih dijalankan antara Malaysia dan Thailand.
  • Setakat ini, protokol am pengembara umum terpakai ke atas pengembara dari Thailand.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai protokol am pembukaan sempadan negara, sila layari laman web https://covid-19.moh.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.