Advertisements

Proton Tawar Diskaun 20 % Alat Ganti Dan Upah Untuk Mangsa Banjir

Advertisements

Beberapa hari yang lalu, beberapa kawasan di bahagian Pantai Timur dan Barat Semenanjung Malaysia telah dilanda bencana banjir yang sangat besar.

Berikutan bencana banjir berlaku, Syarikan Proton tampil untuk menghulurkan bantuan serta meringankan beban pemilik kenderaan jenamanya yang telah mengalami kerosakan akibat banjir.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, pihak Proton ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka (mangsa) boleh diperbaiki dan memberi keyakinan bahawa para pelanggan adalah keutamaan utama syarikat.

Baca juga: Harga Proton Saga 2021 & Contoh Kiraan Bayaran Bulanan Setiap Varian

Tawaran sebanyak 20 % pemotongan harga akan diberi bagi penukaran alat ganti tertentu dan juga upah untuk semua pelanggan yang terjejas disebabkan oleh bencana banjir dan telah melakukan laporan polis tentang kejadian itu.

Selain itu, pihak Proton akan menanggung sepenuhnya caj tunda sehingga RM200 dan juga caj pembersihan bahagian luar dan ruang enjin sebanyak RM100.

Tambah Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar lagi, pihak Proton akan berusaha secepat mungkin dalam memperbaiki kenderaan pelanggan dan menasihati mereka (mangsa) agar terus ke pusat servis untuk menikmati faedah ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Beliau berkata, Proton agak bertuah kerana banjir yang melanda baru-baru ini tidak menjejaskan barisan pengeluaran, namun lebih dari ribuan warga Proton telah terjejas.

Baca juga: Proton X50: Senarai Harga, Spesifikasi, Gambar Interior & Exterior

Oleh itu ahli-ahli Kelab Proton, organisasi sosial dan kesejahteraan dalaman untuk semua kakitangan, telah diaktifkan bagi menyediakan pakej penjagaan serta menawarkan servis pembersihan kepada rakan-rakan dan keluarga mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi khidmat pelanggan di talian 1-800-88-8398.

Baca juga: Bantuan Khas RM500 Kepada Setiap Keluarga Mangsa Banjir Di Pahang

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.