Advertisements

PT3 Dimansuhkan Mulai Tahun 2022

Advertisements

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan mulai tahun 2022 dan digantikan dengan pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada sidang akhbar khas hari ini.

Sebelum ini, PT3 ditangguhkan selama dua tahun sejak 2020 akibat pandemik Covid-19.

Penambahbaikan & Format Baharu

Pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah akan merangkumi tiga komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Murid akan ditaksir oleh guru setiap masa menerusi pentaksiran berasaskan sekolah untuk memastikan murid mendapat penguasaan sepenuhnya dalam sesuatu topik yang diajar.

Baca juga: Program Anak Genius Negara 2023 Kini Dibuka Untuk Permohonan

PKSK Kekal Dilaksana Untuk Kemasukan Ke Sekolah Khusus / Sekolah Berasrama

Menjawab sama ada keputusan Peperiksaan Akhir Tahun ini akan digunakan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama, Dr Radzi menjawab bahawa PKSK akan terus dilaksanakan bagi membuka tawaran kemasukan murid ke Sekolah Khusus.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pemilihan aliran di Tingkatan 4 pula akan dijalankan melalui perbincangan yang terperinci antara pihak sekolah, murid dan ibu bapa.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.