Advertisements

Permohonan Jawatan Kosong PTD 2022: 400 Kekosongan Ditawarkan

Advertisements

Bagi individu yang berminat untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah membuka pengambilan Kadet PTD sesi 2022.

Individu yang berjaya dan layak menyertai Kadet PTD ini akan mengikuti Kursus Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam bagi sesi 2022.

Jumlah kekosongan yang ditawarkan bagi pengambilan PTD 2022 adalah sebanyak 400 kekosongan manakala 50 lagi adalah simpanan.

Permohonan bagi jawatan kosong ini telah dibuka dan akan ditutup pada 7 Jun 2021 iaitu pada hari Isnin jam 11.59 malam.

Ciri-Ciri Keperibadian

Untuk menjadi seorang PTD, individu tersebut mestilah mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti:

  • Keterampilan yang baik
  • Semangat yang tinggi dan bekerja secara berkumpulan
  • Bakat kepimpinan
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

Bidang Tugas

Bidang tugas bagi seorang PTD adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai:

  • Pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi
  • Sumber kewangan
  • Ekonomi
  • Pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah
  • Perancangan dan pentadbiran sosial
  • Hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara
  • Pengurusan teknologi maklumat

Gaji Yang Ditawarkan

Individu yang berjaya dilantik sebagai PTD akan menerima jadual gaji seperti berikut

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Gaji MinimumRM2,422.00
Gaji MaksimumRM9,631.00
Kadar Kenaikan Gaji TahunanRM225.00

Syarat Lantikan

Individu yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat lantikan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    – ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred M41: RM2,422.00); atau
    – ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred M41: RM2,733.14); atau
    – ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred M41: RM3,044.48);
    dan
  3. Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
  4. Lulus Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang ditetapkan.
  5. Lulus Profession Assessment Centre (PAC) yang ditetapkan.
  6. Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara dan diperakukan oleh JPA bagi tujuan dilantik sebagai PTD Gred M41.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://spa9.spa.gov.my/.
  2. Klik bahagian pendaftaran pengguna.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenelan dan kata laluan.
  5. Isi kesemua maklumat berikut dan klik butang ‘Simpan’ untuk setiap paparan iaitu:
    – Maklumat peribadi
    – Maklumat kelayakan akademik
    – Maklumat sedang berkhidmat
    – Maklumat bekas tentera
    – Maklumat bukan akademik
    – Jawatan dipohon
  6. Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan klik butang ‘Setuju.’
  7. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan jawatan kosong PTD 2022, sila adukan kepada ePertanyaan SPA dipautan http://aduan.spa.gov.my atau menghantar email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.