Advertisements

PTPTN: Cara Daftar Bayaran Balik Automatik (Direct Debit)

Advertisements

Setiap peminjam PTPTN perlu mula membayar balik pinjaman mereka selepas 12 bulan tamat pengajian.

Peminjam tidak perlu menunggu notis (emel / surat) dari PTPTN untuk memulakan proses bayaran balik memandangkan penyata baki pinjaman boleh disemak secara online sahaja.

Kos upah atau lebih dikenali sebagai Ujrah akan dikenakan bermula bulan ke-13.

Tempoh bayaran balik PTPTN bergantung kepada jumlah pinjaman masing-masing.

Jumlah Prinsipal Ujrah Tempoh Bayaran Balik
RM10,000 dan ke bawah 5 tahun
Melebihi RM10,000 hingga RM22,000 10 tahun
Melebihi RM22,000 hingga RM50,000 15 tahun
Melebihi RM50,000 20 tahun

PTPTN Login : Semakan Penyata Pinjaman

Sila ke PTPTN Login untuk semakan penyata pinjaman terkini anda.

Cara Dapatkan No Pinjaman PTPTN

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Melalui Hotline PTPTN

Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000. Nombor ini memang tersedia di portal PTPTN untuk mudah dirujuk oleh para peminjam.

Apabila menelefon nombor ini, beritahu kepada pihak PTPTN bahawa anda ingin mendapatkan nombor pinjaman PTPTN anda.

Peminjam yang telah memperolehi nombor pinjaman PTPTN, terus boleh mengakses menu e-Perkhidmatan di portal PTPTN pada bahagian ‘Bayaran Balik’.

  1. Melalui Mesej Di Facebook

Anda juga boleh mendapatkan nombor pinjaman melalui mesej di Facebook rasmi PTPTN :

https://www.facebook.com/PTPTNOfficial

Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui Potongan Gaji
Tahukah anda, salah satu cara pembayaran pinjaman PTPTN yang paling mudah adalah melalui DIRECT DEBIT (auto tolak dari account bank yang didaftarkan).

Terdapat 8 langkah – langkah yang anda harus lakukan untuk pendaftaran DIRECT DEBIT .

Sila rujuk langkah di bawah:

Langkah 1 : Taip www.ptptn.gov.my dan klik di bahagian BAYARAN BALIK

Langkah 2 : Klik permohonan DIRECT DEBIT .

Langkah 3 : Klik Mohon DIRECT DEBIT PINJAMAN

login ptptn

Langkah 4 : Masukkan No Kad pengenalan berserta password dan log masuk

login ptptn

Langkah 5 : Klik PENYATA BAKI

Langkah 6 : Klik pendaftaran untuk DIRECT DEBIT

Langkah 8 : Klik MOHON

Tahniah anda telah berjaya mengikuti langkah yang diberikan !

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik
Hanya empat (4) jenis kategori peminjam yang layak membuat penangguhan bayaran balik PTPTN iaitu:

Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu (Diploma) dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa (Ijazah)
Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara
Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester)
Tidak bekerja
Penangguhan ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan penangguhan.

Namun perlu diingatkan kos upah masih dikenakan sepanjang tempoh penangguhan yang akan ditetapkan oleh PTPTN.

Peminjam yang ingin membuat penangguhan bayaran juga perlu sediakan beberapa dokumen lain seperti berikut:

Surat tawaran pengajian terkini daripada IPT menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian;
Surat akuan sumpah tidak bekerja;
Penyata KWSP terkini atau Surat pengesahan dari KWSP yang mengesahkan peminjam belum mencarum.
Penangguhan bayaran balik PTPTN tidak mengecualikan PTPTN daripada menyenaraikan nama peminjam di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS).

PTPTN berhak membatalkan penangguhan sekiranya peminjam didapati menerima gaji / elaun dalam tempoh penangguhan.

Baca juga: Cara Pos Barang Ninja Van & Harga Postage Mengikut Berat

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.