Advertisements

Puasa Tasu’a: Dalil, Niat dan Tarikh Puasa Bagi Tahun 2023

Puasa Tasu’a merupakan puasa sunat dalam bulan Muharram yang dilakukan pada hari kesembilan (9) bulan tersebut iaitu hari sebelum hari Asyura yang juga merupakan hari kita disarankan berpuasa oleh Rasulullah S.A.W.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan amalan puasa ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Puasa Tasu’a

Puasa Tasu’a seperti yang dimaklumkan di bahagian sebelum ini, merupakan puasa yang dilakukan pada hari kesembilan (9) bulan Muharram iaitu sehari sebelum Hari Asyura.

Amalan ini sangat digalakkan untuk umat Islam melakukannya agar kita tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja dan perkara ini telah dinyatakan oleh Ibnu Abbas r.a.:

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم

“Ketika Rasulullah ﷺ berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan, pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  – Hadis Riwayat Imam Muslim

Puasa Tasu'a
Sumber: My #HadithTime

Tarikh Puasa

Bagi anda yang berminat untuk melakukan amalan Puasa Tasu’a ini anda boleh melakukannya pada hari kesembilan (9) bulan Muharram yang jatuh pada 27 Julai 2023 (Khamis).

Niat Puasa

Berikut merupakan niat Puasa Tasu’a bagi anda yang ingin melakukan amal ibadah ini:

تويتُ صَوْمَ تَسُعَاءَ سُنَّةٌ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa sunnah Tasu’a kerana Allah Ta’ala.”

Kelebihan dan Keutamaan Puasa Tasu’a 

Terdapat beberapa kelebihan dan juga keutamaan puasa Tasua antaranya ialah:

  1. Menghapuskan dosa
    • Dengan melaksanakan amalan ini dan puasa Asyura ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.
  2. Ganjaran pahala berlipat ganda 
    • Perkara ini telah dijelaskan oleh Imam Ghazali dalam Kitab Ihya’ Ulumuddin yang bermaksud: “Barang siapa berpuasa tiga hari di bulan mulia (Zulkaedah, Zulhijjah, Rajab, dan Muharram) di hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu maka Allah SWT akan mencatat baginya seperti beribadah selama 700 tahun”.
  3. Pahala berpuasa sama dengan puasa satu bulan penuh
    • Hal ini sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA yang bermaksud: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang berpuasa pada hari Arafah maka menjadi pelebur dosa dua tahun, dan orang yang berpuasa sehari dari bulan Muharram maka baginya ganjaran seperti berpuasa 30 hari” (HR. at-Thabrani dalam al-Mu’jamush Shaghir).

Hikmah Puasa Tasu’a

Imam al-Nawawi r.a telah menyebutkan tentang tiga hikmah melakukan puasa Tasu’a ini:

  1. Bagi membezakan amalan kita dengan amalan masyarakat Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura
  2. Adalah untuk menyambung puasa hari Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jumaat saja. 
  3. Berhati-hati dalam pelaksanaan puasa Asyura, dikhawatirkan hilal terkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan kiraan hari ke 9 dalam penarikhan sebenar telah masuk hari kesepuluh.

Baca juga: Puasa Muharram: Niat dan Tarikh Puasa Bagi Tahun 2023

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.