Advertisements

Ramalan Cuaca Hari Krismas 25 Disember Dijangka Hujan Ribut Di Kawasan Ini

Advertisements

Jabatan Metreologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan berlaku berlaku luruan monsun pada 27-29 Disember 2021 dengan kebarangkalian untuk berlaku hujan yang berterusan di Pantai Timur Semenanjung.

Namun begitu kebarangkalian berlakunya rendah berikutan paras kelembapan udara yang rendah. Namun, hujan berterusan berpotensi berlaki di Sabah Timur dan Sarawak Barat dalam tempoh tersebut.

Data tersebut diperoleh berdasarkan analisis model Europeon Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF), Global Forecast System (GFS) dan MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF).

Manakala, angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26 sehingga 29 Disember 2021.

Orang awam dinasihatkan merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dan sentiasa peka dengan maklumat terkini dan berwaspada.

Untuk pengetahuan umum, luruan monsun atau monsoon surge adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

Baca juga: Bantuan Khas RM500 Kepada Setiap Keluarga Mangsa Banjir Di Pahang

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ramalan Cuasa Hari Krismas 25 Disember 2021

Ramalan cuaca hari krismas bertarikh 25 Disember 2021 yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Kementerian Alam Sekitar dan Air adalah seperti berikut:

PAGI

Hujan / ribut petir di satu dua tempat di kawasan pantai Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Kuching, Betong, Mukah, Sarikei, Sibu & Bintulu) dan Sabah (Kudat, Sandakan & Tawau).

Tempat-tempat lain mendung / tiada hujan.

PETANG

Hujan / ribut petir di satu dua tempat di Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah (Pantai Barat & Pedalaman) dan WP Labuan.

Tempat-tempat lain mendung / tiada hujan.

MALAM

Hujan di satu dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Limbang, Miri & Kapit), Sabah (Pantai Barat, Pedalaman, Tawau & Sandakan) dan WP Labuan.

Tempat-tempat lain tiada hujan.

Untuk memuat turun sebagai rujukan boleh rujuk di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

  • tel: (603) 79678000
  • Faks: (603) 79550964
  • Hotline: 1-300-22-1638 
  • Layari laman Twitter @metmalaysia

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.