Advertisements

RapidKL My30 Diganti Dengan My50 Mulai 1 Januari 2022

Advertisements

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini melancarkan pas baru RapidKL My50, pas perjalanan tanpa had selama 30 hari mulai 1 Januari 2022. Ia berharga RM50/bulan dan menggantikan pas sedia ada My30 berharga RM30/bulan yang bakal tamat pada 31 Disember 2021 ini.

Menurut Dr Wee, pas My50 ini dijayakan dengan peruntukan RM115 juta di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mengurangkan kadar tambang daripada RM200 kepada hanya RM50 sebulan.

Apa itu Pas My30 dan My50?

Pas My30 sebelum ini diperkenal pada bulan Jun 2020 untuk mengurangkan beban pengguna akibat wabak COVID-19.

Seperti sebelum ini, pas My50 hanya tersedia eksklusif untuk warganegara Malaysia dengan kad pengenalan MyKad atau MyTentera. Ia boleh diperolehi di semua stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas RapidKL terpilih.

Pas ini adalah subsidi oleh kerajaan untuk membolehkan Prasarana menyediakan kemudahan ini pada kadar yang berpatutan untuk mereka yang bergantung kepada perkhidmatan Prasaranan.

Negeri Terlibat

Bagi negeri Selangor, pas perjalanan My50 ini boleh digunakan untuk perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana di Lembah Klang ini termasuk perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, BRT, bas RapidKL dan bas pengantara MRT.

Bagi negeri Pulau Pinang, pas My50 ini dipanggil Pas Mutiara My50 dan sah untuk semua perkhidmatan bas Rapid Penang sahaja.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bagi negeri Pahang terutamanya daerah Kuantan, My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

Baca juga: Permohonan Insentif Pemandu Teksi & Pengusaha Bas Sekolah P. Pinang

Tarikh Perlaksanaan

Perlaksanaan pas My50 yang menggantiakn pas sedia ada My30 akan bermula mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Kelebihan Pas My50 Dan Pas Mutiara My50

Dengan pas My50, pengguna boleh menaiki perkhidmatan kendalian RapidKL tanpa had iaitu LRT, MRT, Monorel, BRT, bas RapidKL , bas perantara MRT dan bas Rapid Penang tanpa had selama 30 hari berturut-turut.

Cara Pembelian Pas My50

Di Selangor, anda boleh membeli My50 dari Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di:

  • semua stesen LRT
  • semua stesen MRT
  • semua stesen Monorel
  • semua stesen BRT

Atau di 9 hab terpilih seperti di bawah:

  • Pasar Seni
  • Chow Kit
  • KLCC
  • Sri Nilam
  • Puchong Utama
  • Pearl Point
  • Sunway Pyramid
  • Greenwood
  • Seksyen 2 Shah Alam

Di Pulau Pinang, Anda boleh dapatkan pas My50 di kiosk di bawah ini:

  • Komtar
  • Weld Quay (Terminal B)
  • Penang Sentral
  • Bukit Jambul
  • Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
  • Kompleks Dato’ Kailan (Kepala Batas)
  • Balik Pulau
  • Bukit Mertajam

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang persoalan sebelum menggunakan pas My50 ini, anda boleh layari laman sesawang myRapid

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.